Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.les.ta.ri.kan] | ملستاريکن

Definisi : menetapkan, mengekalkan: ~ hutan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.les.ta.ri.kan] | ملستاريکن

Definisi : membiarkan atau memelihara sesuatu supaya kekal spt sediakala (bkn hutan rimba dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melestarikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
circular business modelmodel perniagaan kitaranPerniagaanTiadaPendekatan perniagaan dalam mengatur operasi syarikat untuk meningkatkan kecekapan dan melestarikan alam sekitar seperti mengitar semula barangan.
literaturekesusasteraanKesusasteraanTiadaKarya bersifat imaginatif yang tampil dalam bentuk prosa, puisi, dan drama, sama ada berbentuk sastera bertulis ataupun lisan. Pada awalnya, kesusasteraan mencakupi karya sastera dan bukan sastera, tetapi kini cakupannya lebih meluas kerana kesusasteraan juga merujuk kepada pelbagai bentuk karya seperti undang-undang, falsafah, sejarah, roman, kitab, adab dan sebagainya. Sifat kesusasteraan dapat dilihat dari aspek ekstrinsik dan intrinsiknya. Ditinjau dari sudut ekstrinsik, kesusasteraan ialah satu institusi budaya yang menampung nilai-nilai masyarakat. Karya sastera dapat memperlihatkan perubahan nilai budaya yang dilalui oleh sesebuah masyarakat mengikut peredaran zaman, dan dapat bertahan sepanjang zaman serta menjadi wadah untuk menyampaikan dan melestarikan nilai-nilai tradisi. Jika ditinjau dari aspek ekstrinsik, kesusasteraan boleh diertikan sebagai hubungan antara teks dengan pengarang, dan antara teks dengan khalayak. Dari satu segi, kesusasteraan merupakan luahan persepsi dan peribadi pengarangnya, manakala dari perspektif yang lain, kesusasteraan bukan luahan peribadi pengarangnya, justeru teks dianggap sebagai karya yang menyisihkan pengarangnya. Kesusasteraan dapat membangkitkan pengalaman estetik dan meninggalkan kesan kepada emosi khalayak secara terkawal dan tidak menggerakkan khalayak untuk bertindak. Justeru, pornografi dan propaganda tidak dapat dianggap sebagai karya sastera kerana bahan-bahan itu mendorong khalayak untuk bertindak negatif. Kesusasteraan secara umumnya berbeza dengan sains, sejarah, dan falsafah kerana kesusasteraan mempunyai sifat intrinsiknya yang tersendiri. Kesusasteraan dianggap sebagai objek seni yang dibina oleh bahasa, dan bersifat unik, utuh kendiri, dan autonomous. Kesusasteraan juga mempunyai sifat-sifat yang ada pada karya seni seperti keseimbangan, komposisi, dan struktur.

Kembali ke atas