Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lim.pah] | مليمڤه

Definisi : 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lim.pah] | مليمڤه

Definisi : tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lim.pah] | مليمڤه

Definisi : 1 tumpah keluar kerana terlalu penuh (bkn benda cair): Air ~ kerana kolah itu sudah terlalu penuh. 2 = melimpah-limpah terlalu banyak hingga berlebih-lebih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
limpah
Kata Terbitan : berlimpah-limpah, melimpah-limpah, melimpah, melimpahkan, limpahan,

Puisi
 

Pokok rambutan tepi kolam,
     Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselang nilam,
     Cahaya melimpah dalam negeri.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
flood insurancesinsurans banjirinsuransTiadaKontrak insurans yang menawarkan perlindungan ke atas kerosakan yang disebabkan oleh air yang melimpah atau naik. Polisi ini boleh dibeli sebagai perlindungan tambahan kepada kontrak insurans kebakaran dan marin.
recovery tanktangki pengembanganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTangki yang disambung kepada penyinar pada enjin penyejuk cecair untuk menyimpan bahan penyejuk yang melimpah dari penyinar, dan sebagai ruang untuk pelepasan gelembung gas.
water damage insuranceinsurans rosak airinsuransTiadaInsurans yang memberikan perlindungan ke atas kerosakan harta akibat angin ribut, banjir atau tangki air serta kelengkapan dan paipnya pecah atau melimpah. Kerosakan akibat kebocoran alat perenjis air boleh diinsuranskan berasingan.
needle valveinjap jarumKejuruteraan AutomotifEnjinPeranti dalam karburetor berbentuk jarum yang mengawal laluan bahan api ke dalam mangkuk apung. Injap ini terbuka atau tertutup mengikut aras pelampung. Tindakan ini mengawal aras bahan api dalam mangkuk apung supaya tetap pada aras tertentu untuk mengelakkan bekalan bahan api daripada berlebihan atau melimpah dari mangkuk apung.

Kembali ke atas