Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
employee insuranceinsurans pekerja pentinginsuransTiada1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan. 2. Dalam insurans kesihatan, istilah ini digunakan juga untuk menunjukkan Insurans Gaji Berterusan atau pelan faedah perubatan yang dibayar kepada pekerja penting dengan premium dibiayai sepenuh atau sebahagiannya oleh majikan.
error and omission insuranceinsurans ralat dan ketinggalaninsuransTiada1. Insurans yang membayar ganti rugi kepada insured ke atas sebarang kerugian disebabkan kesilapan atau kealpaan insured sendiri. Contoh: sebuah syarikat insurans membeli perlindungan jenis ini untuk melindungi dirinya terhadap kerugian daripada perkara seperti kegagalan mengeluarkan polisi. 2. Insurans yang melindungi kerugian akibat kegagalan insitusi kewangan untuk mendapatkan perlindungan insurans.
net premiumpremium bersihinsuransTiada1. Amaun premium yang telah ditolak komisen ejen. 2. Premium yang perlu untuk melindungi hanya kerugian yang dijangka sebelum ditambah bebanan bagi perbelanjaan lain. 3. Premium asal yang ditolak dividen berbayar atau dijangkakan bagi polisi insurans hayat penyertaan yang insured memilih untuk menggunakan dividen untuk membayar premium.
radiator grilljeriji radiatorKejuruteraan AutomotifEnjin1. Bahagian yang dipasang di hadapan penyinar. 2. Penangkis dan penghias untuk melindungi radiator daripada rempuhan serpihan bendasing semasa kenderaan bergerak sambil membenarkan udara melaluinya untuk pendinginan radiator.
master policypolisi indukinsuransTiada1. Kontrak yang dikeluarkan kepada majikan atau entiti yang dibenarkan oleh undang-undang bagi sesuatu pelan insurans kumpulan. 2. Insurans harta yang dikeluarkan kepada insured untuk membolehkannya mengeluarkan sijil perlindungan bagi melindungi harta orang lain.

Kembali ke atas