Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (mélodi) 1. susunan seni kata berirama; 2. lagu, irama lagu; memelodikan menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan (lirik, puisi dsb) dlm bentuk melodi: dia ~ puisi karya penyair-penyair terkenal tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /mélodi/ 1 lagu; irama lagu. 2 susunan kata yg berirama. bermelodi berirama. memelodikan menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan lirik, puisi dsb dlm bentuk melodi: Dia ~ puisi karya penyair-penyair tanah air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melodi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
partitapartitaMuzikTiada1. Variasi yang berasaskan melodi popular dan melodi lain pada abad ke-16 dan abad ke-17. Partita juga merupakan tajuk koral partita untuk organ oleh J.S. Bach (1685-1750). 2. Enam buah suite untuk alat hapsikord BWV 825-830 (1731) oleh J.S.Bach.
chorale variationskoral variasiMuzikTiadaVariasi organ abad ke-16 hingga abad ke-17 yang berasas­kan melodi koral Protestan Jerman. Melodi koral digubah sebagai cantus firmus bagi beberapa siri variasi. Gaya ini diperkembang oleh Sweelinck (1562-1621), seorang komposer Belanda.
paraphraseparafrasaMuzikTiada1. Karya polifoni abad ke-14 hingga abad ke-16 yang mengandungi petikan melodi yang dipinjam dan diubah suai daripada melodi sedia ada seperti canta. Contohnya, Missa Pange Lingua oleh Josquin de Prez (sekitar tahun 1450-an hinggatahun 1521). 2. Karya instrumental yang melibatkan teknik bermain vir-tuoso pada Zaman Romantik yang berasaskan melodi po­pular yang sedia ada seperti melodi daripada sebuah opera atau karya lain. Contohnya, Totentanz: Paraphrase uber das Dies irae (1849) untuk piano dan orkestra oleh Liszt.
plain chantplainsongKesenianSeni Muzik1. Melodi vokal tunggal tanpa iringan yang iramanya ditentukan oleh lirik dan tidak dibahagikan kepada bar tertentu. 2. Melodi vokal dalam liturgi Kristian. Plainsong bertekstur monofoni tanpa iringan, tidak bermeter, berirama bebas, tanpa garis bar dan dinyanyikan secara canta. Plainsong juga dikenali sebagai canta Gregorian.
gamelan gong kebyargamelan gong kebyarMuzikTiadaEnsembel muzik yang diperbuat daripada gangsa yang dicipta di Bali pada awal abad ke-20. Keistimewaan muzik ini ialah permainan melodi dan rentak yang bertingkah-tingkah dengan tempo yang cepat atau kotekan. Mod Bali diadaptasikan daripada skel tujuh ton, iaitu pelog. Alat muzik merangkumi jegogan, calung atau jublag yang menghasilkan melodi asas, pemade, kantilan, ugal dan reyong yang menghiasi melodi asas dengan rentak yang bertingkah-tingkah, kendhang yang bermain rentak serta cengceng, gong dan kempul yang menandakan masa. Sinonim kebyar.
melodymelodiKesusasteraanPuisiSusunan seni kata yang berirama pada sesuatu baris dalam sesuatu rangkap, terutama puisi yang dihasilkan dengan tujuan untuk dilagu kan. Contohnya, pada lirik lagu nyanyian P. Ram lee berjudul 'Seri Bunian'. Indah nian istana bunian, Puteri bunian cantik rupawan; Berat rasa oak kutinggalkan, Kerana hati dah tertawan.
discantusdescantMuzikTiadaMelodi pada daftar suara yang tertinggi dan biasanya wujud di atas lapis soprano dalam him atau karya polifoni. Descant biasanya diimprovisasikan.
motifmotifMuzikTiadaMelodi atau ritma pendek yang berperanan sebagai satu unsur asas yang utama dalam sesuatu karya. Biasanya motif diperkembang, divariasikan, diubah suai atau diulang semula sepanjang karya.
monodymonodiKesenianTiadaSatu melodi vokal dengan iringan alat kordal abad ketujuh belas.
cabalettacabalettaMuzikTiada1. Muzik tarian yang pendek, melodi dan corak ritmanya tidak kompleks. 1. Aria pendek dan ringkas. 2. Lagu dalam bentuk rondo. 3. Rangkap ulang dalam lagu.
12

Kembali ke atas