dapping | lontar loncat | Perikanan | Tiada | Teknik melontar umpan serangga yang kelihatan seperti meloncat-loncat di atas permukaan air. Pada mulanya, umpan serangga dilontar ke satu posisi di bahagian atas arus dan dibiarkan hanyut untuk beberapa saat dan kemudiannya disentap dan dibiarkan selama beberapa saat sehingga tali pancing hanyut ke bawah arus. |
turning throw | lontaran putar | Sukan | Tiada | Gaya melontar cakera atau peluru dengan cara berputar di atas paksi kaki dalam bulatan lontaran. |
overhead cast | lempar atas | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar tali joran dengan cara mengangkat joran ke atas melepasi kepala. Melalui kaedah ini, tali pancing dilontar ke arah hadapan dengan kuat supaya jatuh pada jarak yang dikehendaki. |
back cast | lempar belakang | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar tali joran dari arah belakang untuk menghasilkan ayunan yang kuat bagi memastikan umpan dilontar jauh ke hadapan. Ayunan ke belakang akan menghasilkan tindakan lengkung pada pancing dan seterusnya meningkatkan daya lontaran ke arah hadapan. |
fly-casting | lempar layang | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar yang digunakan dalam pancing layang. Contoh lempar layang yang biasa digunakan ialah lempar pintal dan lempar belakang. |
curve cast | lempar lengkuk | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar tali joran melepasi sesuatu halangan seperti batu, kayu atau pokok bagi membolehkan umpan dapat dilempar ke kawasan sasaran. Kaedah lempar lengkuk digunakan untuk mengurangkan rintangan angin atau air terhadap umpan atau tali pancing. |
spey cast | lempar libas | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar tali joran dengan mengangkat joran ke belakang melalui sisi dan kemudian tali dilontar ke arah hadapan. Kaedah ini menggunakan joran yang mempunyai pemegang berganda dengan teknik lontaran gelung. Lemparan libas biasanya digunakan di kawasan yang berangin. |
false cast | lempar palsu | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar tali joran ke arah hadapan dan ke arah belakang di udara untuk memanjangkan tali dari gelungan gelendong sedikit demi sedikit sebelum tali dilontar sepenuhnya. Teknik ini hanya digunakan semasa aktiviti pancing layang. |
parachute cast | lempar paracut | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar tali joran dari belakang pada ketinggian yang sama dengan joran dan lontaran akan dihentikan apabila tali pancing berada tegak di atas kepala. Selepas itu, joran dicondongkan ke arah hadapan dan umpan serangga dibiarkan jatuh di kawasan sasaran. |
mending cast | lempar perbetul | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar tali joran ke arah hulu arus untuk mengelakkan umpan serangga ditekan oleh arus. Melalui kaedah ini, umpan dibiarkan terapung dan hanyut mengikut arus secara semula jadi. Ikan kelisa, biasanya amat tertarik untuk menyambar umpan serangga yang hanyut secara semula jadi. |