Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memandang;

Puisi
 

Saya tidak memandang bulan,
     Mari selindung sebalik tabir;
Saya tidak memandang tuan,
     Hati beramuk bagai nak hancur.


Lihat selanjutnya...(43)
Peribahasa

Ingin hati memandang (= melihat) pulau,
     sampan ada pengayuh tidak.

Bermaksud :

Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corneal apexpuncak korneaSains KesihatanTiadaTitik di permukaan kornea paling anterior apabila mata memandang ke hadapan.
pantun budipantun budiKesusasteraanPuisiTema dan pemikiran yang diungkapkan oleh penciptanya adalah berhubungan dengan budi. Puisi ini bertujuan untuk membentuk kemuliaan hati seseorang. Contohnya, Bila memandang ke muka laut, Nampaklah sampan mudik ke hulu; Hati terkenang rnulut menyebut, Budi yang baik ingat selalu.
lampoonlampunKesusasteraanPuisiPuisi yang isi atau amanat yang disampaikan oleh penyairnya penuh dengan unsur dan nada sindiran. Contohnya, pantun empat kerat dalam Bunga Gerimis susunan Dharmawijaya di bawah. Berbunga lebat pohon rambutan, Hinggap tempua berjuntai kaki; Bila dapat memandang bulan, Jangan lupa rumput di bumi.
egoismegoismeKesusasteraanTiadaSikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego.
caesurajedaKesusasteraanPuisiHentian di tengah baris puisi atau hentian sementara ketika membaca puisi. Hentian tersebut begitu jelas dapat dirasakan dalam pantun dan syair yang jumlah suku kata tiap-tiap barisnya sama banyak atau seimbang, iaitu terdiri daripada empat perkataan. Dalam puisi baharu, jeda juga dapat dirasakan terutama apabila jumlah suku kata dalam baris-barisnya seimbang. Contohnya, Berbunga lebat / pohon rambutan, Hinggap tempua / berjuntai kaki; Bila dapat / memandang bulan, Jangan lupa / rumput di bumi.
noble savagenoble savageKesusasteraanTiadaKonsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi.
orientalismorientalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menghuraikan bagaimana sarjana barat atau orientalis mengkaji bahan sejarah, sastera dan seni orang timur lalu membuat tanggapan bahawa orang timur sebagai orang asing yang berbeza dengan masyarakat barat. Masyarakat timur digambarkan sebagai mundur, kolot, lemah dan pelbagai gambaran yang negatif sehingga memberi justifikasi kepada barat untuk menakluk, memerintah dan menguasai masyarakat ini. Penaklukan budaya dan mentaliti penduduk timur telah melahirkan pemikiran yang mengagungkan masyarakat barat sehingga menjadikan golongan eIit timur berfikir seperti orientaIis dan memandang serong kepada budaya dan dunia timur tanpa menyedari mereka sebenarnya terperangkap dengan pemikiran ini. Orientalisme masih berkembang sehingga kini dan menjadi satu aliran pemikiran yang sangat popular dalam wacana akademik di kebanyakan universiti. Sinonim faham ketimuran/faham orientalis.
reality effectkesan realitiKesusasteraanTiadaButiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan.
metrical fillerspengisi matrisKesusasteraanTiadaSuku kata, perkataan, atau frasa yang digunakan untuk menggenapkan keperluan sukatan baris atau rima. Pengisi matris sering kali tidak mempunyai makna, kadangkala hanya merupakan kata merapu tetapi berfungsi untuk memenuhi syarat suku kata dalam baris dan bunyi. Pengisi matris digunakan kerana nilai bunyinya. Contohnya dalam syair, pengisi matris hanya memenuhi kehendak lagu kerana syair itu dilagukan. Contoh berikut menunjukkan pengisi (dicetak condong), dimasukkan untuk memenuhi sukatan baris dan lagu: (a) Adik wei jangan berhati gundah (b) Tinggallah tuan ayo adinda (c) Dilihatnya surat di pandan wari (d) Menangis sambil membaca seri. Contoh berikut adalah untuk keperluan rima: �hancurnya hati puteri surana,� untuk dirimakan dengan, �berpeluk bercium sangat gulana� �Ken Tambuhan berkata maka,� untuk dirimakan dengan, �rupanya seperti bunga cempaka� �anak bininya diikat apa,� untuk dirimakan dengan, �tiada lagi memandang rupa�.

Kembali ke atas