Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.jang.kan] | ممنجڠکن

Definisi : 1. menjadikan panjang, melanjutkan, meneruskan: dan Tuk Hassan Temenggung yg pertama melabuhkan baju Melayu, dan membesarkan pangkal lengan, dan ~ tangan baju; aku bersyukur kpd Tuhan yg telah ~ umurku; keadaan ini akan menyebabkan pemulihan ekonomi tidak dapat dikekalkan serta ~ kemelesetan yg sedang berlaku; 2. menyampaikan: segala keputusan yg dibuat akan dipanjangkan kpd kerajaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.jang.kan] | ممنجڠکن

Definisi : menjadikan panjang; menambahkan supaya panjang: Angsa itu ~ lehernya lalu mengejar Amir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chillingpendinginanMakanan dan PemakananTeknologi MakananProses penurunan suhu makanan dari �1oC hingga 8oC untuk mengurangkan kadar perubahan biokimia dan mikrobiologi serta memanjangkan hayat simpan makanan. Pendinginan kerap kali digabungkan dengan proses lain seperti penapaian, pempasteuran dan penyinaran untuk memanjangkan hayat simpan makanan yang diproses secara minimum.
dotted notenot bertitikKesenianTiadaMemanjangkan nada separuh daripada nilai asal.
hulurhulurKesenianTiadaKeadaan menghulurkan tali memanjangkan tali wau.
sterilisationpensterilanMakanan dan PemakananMakananProses memanjangkan jangka hayat sesuatu makanan dengan memanaskan makanan pada suhu 110°C kepada 135°C selama 15 minit hingga 20 minit. Kesemua mikroorganisma dalam makanan dibunuh semasa proses ini dan membolehkan produk makanan ini disimpan selama beberapa tahun dengan penyimpanan yang betul. Namun, vitamin yang sensitif terhadap haba seperti vitamin C akan musnah selain berlaku perubahan warna dan rasa makanan akibat proses pensterilan. Proses ini boleh dijalankan ke atas daging, ayam itik, sayur-sayuran, buah-buahan dan susu.
preservationpengawetanMakanan dan PemakananTeknologi MakananProses memanjangkan hayat simpan bahan makanan dengan mencegah aktiviti mikroorganisma dan enzim serta tindak balas pengoksidaan melalui kaedah seperti pensterilan, penyejukbekuan dan penambahan bahan pengawet.
tensile forcedaya tensilGerontologiTiadaKemampuan meregang atau memanjangkan sesuatu struktur.
antioxidantantipengoksidaMakanan dan PemakananTeknologi MakananBahan bagi memanjangkan hayat makanan dengan melindunginya daripada mengalami kerosakan akibat pengoksidaan. Contoh: asid askorbik, hidroksianisol terbutil (BHA), hidroksitoluena terbutil (BHT) dan propil galat (PG).
neurotransmitterneurotransmiterPsikologiPsikologi UmumBahan biokimia yang bertanggung jawab memanjangkan maklumat saraf melepasi sinaps. Maklumat tidak dipanjangkan sekiranya berlaku kejadian yang menghalang aktiviti penyeberangan neurotransmiter ini melalui celah sinaps. Contohnya, individu yang mengambil dadah atau ubat untuk menahan sakit akan menghalang neurotransmiter yang membawa maklumat sakit di sinaps. Apabila maklumat ini terhalang, pesakit tersebut akan bebas daripada rasa sakit sehinggalah kesan dadah itu berkurangan dan neurotransmiter tersebut menyeberangi celah sinaps berkenaan.
long play buttonpunat main lamaSosiologiTiadaPunat yang dapat memanjangkan masa main.
increasing pattern lengthpanjang polaKesenianTiadaProses mengubah suai pola untuk memanjangkan pola asal.
123456

Kembali ke atas