Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.man.tul.kan] | ممنتولکن

Definisi : menyebabkan (menjadikan) sesuatu memantul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.man.tul.kan] | ممنتولکن

Definisi : menyebabkan sesuatu memantul: Gelombang radio dihantar ke bulan oleh alat pemancar dan dipantulkan semula ke bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memantulkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
glossy paperkertas kilat-TiadaKertas yang dilapisi filem nipis dan memantulkan cahaya. Banding matte paper.
matte paperkertas kusam-TiadaKertas yang dilapisi filem nipis dan tidak memantulkan cahaya. Banding glossy paper.
ultraviolet filterpenapis ultraunguHerbaPeraturan dan PemasaranBahan yang digunakan untuk menyerap atau memantulkan sinaran ultraungu daripada cahaya matahari atau cahaya buatan bagi mengurangkan risiko kanser dan kedutan kulit.
reflectorpemantulTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikMedia yang mempunyai pelbagai jenis, bentuk dan saiz tertentu yang berfungsi memantulkan gelombang bunyi. Gelombang bunyi akan dipantul atau diserakkan apabila tiba pada sempadan media yang berlainan. Misalnya, pada sempadan antara udara dengan keluli, gelombang bunyi akan dipantulkan. Antara contoh pemantul dalam ujian ultrasonik termasuklah lompang udara, retakan dan sanga.
Bragg lawhukum BraggNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanHukum Bragg ditakrifkan sebagai n? = 2d sin? iaitu hukum yang menerangkan sifat permukaan hablur bahan yang memantulkan sinar-X pada sudut tertentu (?, ?), dengan n = tertib, ? = panjang gelombang, d = jarak kekisi dan ? = maksimum belauan.
Plato�s cavegua PlatoKesusasteraanTiadaAlegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi.
atomic force microscope (AFM)mikroskop daya atom (AFM)FizikNanoteknologiPeranti yang menggunakan penduga yang dipasang pada spring untuk menghasilkan imej individu atom pada permukaan suatu bahan. Dalam reka bentuk konvensional, penduga merentasi permukaan bahan sambil bergerak turun dan naik kerana tarikan daya atom, pergerakan turun-naik tersebut dirakam dengan bantuan satu alur laser yang memantulkan cahaya dari kepala penduga. Pola cahaya pantulan membentuk imej permukaan. Imej yang diperoleh adalah 1000 kali ganda lebih besar daripada imej yang dihasilkan oleh mikroskop optik. AFM digunakan untuk menganalisis dan memproses bahan bagi pelbagai kegunaan termasuk elektronik, telekomunikasi, biologi dan industri teknologi tinggi yang lain. Penggunaan mikroskop ini telah diperluas daripada sistem yang asal termasuk mendapat imej sifat magnet bahan dan dapat digunakan pada bahan bukan konduktor. Banding mikroskop penerowongan imbasan.

Kembali ke atas