fish health management | pengurusan kesihatan ikan | Perikanan | Akuakultur | Amalan mengawal selia aktiviti ternakan pada peringkat pembenihan, asuhan dan ternakan untuk mencegah penyakit ikan serta memastikan kesihatan ikan berada dalam keadaan optimum untuk diternak. Kebiasaannya, amalan ini melibatkan pengurusan dari segi persekitaran air, spesies ikan dan patogen. Contohnya, memastikan kualiti air berada dalam julat sesuai untuk ternakan, ketiadaan patogen dalam kawasan ternakan dan kualiti benih yang tinggi. |
retrovirus | retrovirus | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Virus yang memastikan semua media sandaran bagi data yang dijangkiti juga dijangkiti dengan virus berkenaan. Pemilik data tidak bole memulihkan maklumatnya kerana semua salinan telahpun dijangkiti dengan virus yang sama. |
moral | moral | Kejururawatan | Tiada | Kawalan tingkah laku bagi memastikan perlindungan kepentingan atau hak individu. |
colour proof | pruf warna | - | Tiada | Cetak uji warna untuk memastikan ketepatan warna dalam cetakan sebenar. |
workfare | bantuan daya kerja | Pentadbiran | Tiada | Polisi kerajaan untuk memastikan penganggur melakukan khidmat masyarakat atau mempelajari kemahiran baharu sebelum menerima bantuan kebajikan kerajaan. |
finishing | penyudah | Kesenian | Hiasan Dalaman | Proses akhir yang dilakukan bagi memastikan sesuatu pekerjaan kelihatan lebih kemas. Contohnya proses yang digunakan untuk menyiapkan hasil kerja seperti penamat kayu iaitu proses menghias atau melindungi permukaan kayu tersebut. |
quality assessment | penilaian kualiti | Herba | Pemiawaian | Kaedah yang digunakan untuk memastikan sesuatu herba, ekstrak atau produk herba selamat untuk digunakan dan bermutu tinggi. Bahan yang dinilai perlu mengandungi sebatian kimia piawai yang tepat. Penilaian kualiti melibatkan beberapa proses, antaranya amalan pertanian baik, amalan makmal baik dan amalan pengilangan baik. |
core management | pengurusan teras | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Proses untuk memastikan kendalian reaktor nuklear selamat dan cekap. Pengurusan teras melibatkan pemantauan dan penyesuaian parameter teras seperti komposisi bahan api nuklear, kedudukan rod kawalan, kadar aliran bahan penyejuk dan tahap kuasa. |
scheduled maintenance | penyelenggaraan berjadual | Pelancongan | Tiada | Pengendalian berkala yang dilakukan untuk memastikan semua kemudahan dan peralatan berfungsi dengan baik. |
planning control | kawalan perancangan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Proses untuk memastikan pembangunan mengikut rancangan, peraturan, dan garis panduan perancangan oleh pihak berkuasa tempatan. |