tissue repair | pembaikan tisu | Fizik | Nanoteknologi | Proses membaiki sendiri tisu kulit atau organ lain apabila berlaku kecederaan. Pada umumnya proses ini dibahagikan kepada empat tahap, iaitu pendarahan, keradangan, percambahan dan pembentukan semula. Nanoteknologi digunakan untuk membantu membaiki semula tisu secara tabii. Contohnya, bahan sintetik bioserasi dengan lompang bersaiz nano digunakan sebagai acuan untuk membentuk semula tisu dan pada masa yang sama membekalkan bahan kimia untuk membantu proses pembaikan. |
liability for repair | tanggungan membaiki | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
emendation | pembetulan | Kesusasteraan | Tiada | Pembaikan yang dilakukan terhadap teks yang dianggap mempunyai kesalahan atau kesilapan tertentu. Pembetulan biasanya dilakukan oleh editor atau penyunting untuk membaiki teks agar lebih mudah difahami pembaca dan tepat isi kandungannya. Antara bentuk pembetulan yang dilakukan termasuklah dari segi tatabahasa, ketepatan fakta dan susunan teks. Teks yang dimaksudkan termasuklah penulisan buku ilmiah, buku sastera, buku umum, esei dan rencana. Pembetulan merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam proses penulisan. Bahan tulisan awal akan disaring oleh editor atau penyunting sebelum diterbitkan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, pembetulan sering berlaku dalam aktiviti penyalinan atau penulisan semula sesebuah naskhah manuskrip. Terdapat penyalin yang membuat pelbagai perubahan atau tokok-tambah terhadap naskhah asal, bertujuan membaiki naskhah yang disalinnya. Oleh itu, pembetulan dilihat sebagai aktiviti yang membawa kebaikan terhadap sesebuah karya, namun boleh menyebabkan kemunculan versi naskhah yang berbeza. Lihat juga anotasi, kritikan teks. |
tissue engineering | kejuruteraan tisu | Fizik | Nanoteknologi | Teknik untuk meningkatkan fungsi biologi tisu, membaiki atau menggantikan sebahagian atau keseluruhan tisu menggunakan pengetahuan sel, kejuruteraan, bahan, biokimia, dan fisiokimia. Contoh tisu ialah tulang, rawan, salur darah, dan pundi. Kejuruteraan tisu dapat menghasilkan organ buatan seperti pankreas buatan dan hati buatan. |
vaccine | vaksin | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kod tampung yang dipasang pada perisian atau sistem komputer untuk membaiki lohong keselamatan, kelemahan atau ketakteguhan yang wujud melalui pemvaksinan. |
fan shroud | selubung kipas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penutup yang diletakkan di sekeliling kipas untuk membaiki edaran udara yang mengalir menerusi penyinar. |
plastic period | tempoh plastik | Sains Kesihatan | Tiada | Jangka masa perkembangan yang membolehkan safar penglihatan dimanipulasikan untuk membaiki masalah penglihatan. |
time element insurance | insurans unsur masa | insurans | Tiada | Perlindungan ke atas kehilangan penggunaan sesuatu harta untuk tempoh tertentu. Bayaran tuntutan berdasarkan tempoh dan kos untuk membaiki harta tersebut. |
cell repair machine | mesin baiki sel | Fizik | Nanoteknologi | Satu mesin dalam skala nano atau mesin molekul yang dilengkapi dengan penderia, peralatan dan nanokomputer yang diprogram untuk mengesan dan membaiki kerosakan sel dan tisu. Mesin ini juga dapat melapor balik dan menerima arahan daripada pakar perubatan. |
knock-for-knock agreement | perjanjian sesama selesai | insurans | Tiada | Persetujuan di antara beberapa insurer bahawa jika berlaku kemalangan yang melibatkan pemegang polisi mereka, insurer tidak akan menuntut ganti rugi di atas kos membaiki kerosakan kenderaan yang diinsuranskan oleh insurer tersebut daripada insurer yang satu lagi |