peel | kulit; kupas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kulit: Bahagian luar yang membaluti isi buah, telur dan lain-lain. |
capsule | kapsul | Kimia | Biokimia | 1. Lapisan daripada bahan musilaginus yang membaluti sel bakteria. 2. Pembalut daripada gelatin yang mudah larut dan mengandungi dos ubat. 3. Bahagian sporangium yang mengandungi spora. |
myelin | mielin | Psikologi | Psikologi Umum | Bahan lemak berwarna putih yang membaluti akson sesetengah sel saraf atau neuron. Pembalutan akson ini tidak berterusan kerana diputuskan oleh ruang yang dikenali sebagai buku Ranvier. Ruang ini akan menyebabkan maklumat saraf yang melalui akson melompat dari blok mielin ke satu blok mielin yang lain. Lompatan ini membolehkan maklumat itu sampai ke sasarannya dengan lebih cepat daripada maklumat yang merentasi akson yang tidak bermielin. Bilangan neuron yang bermielin lebih banyak berada di luar otak. Oleh itu, maklumat yang disampaikan melalui rangkaian sistem saraf periferi lebih cepat tindakannya jika tidak melibatkan pemprosesan otak seperti tindakan refleks yang terjadi apabila seseorang terpijak bara api. Akibatnya, individu akan mengangkat kakinya lebih pantas daripada jeritan kesakitan kerana sakit akan dirasai apabila maklumat tersebut dianalisis oleh otak. |
pericardium | perikardium | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Ruangan yang mengandung jantung. 2. Membran yang membaluti jantung. |
pericarp | perikarp | Geologi | Tiada | 1. Dinding buah yang telah terbentuk daripada dinding ovari. 2. Kadang-kadang digunakan untuk sebarang kulit yang membaluti buah. |
myelin sheath | salut mielin | Kimia | Biokimia | Salut penebat akson yang terdiri daripada protein, polisakarida, garam dan air, serta lipid terutama sfingolipid, dan terbentuk apabila membran plasma sel Schwann membaluti akson. |