Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bang.kit.kan] | ممبڠکيتکن

Definisi : 1. membangunkan (orang tidur), menghidupkan kembali (orang mati): di padang mahsyar manusia dibangkitkan Allah drpd mati; 2. mengangkat ke atas: ~ pedang ke udara; 3. menimbulkan: ~ semangat orang-orang muda; ~ selera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bang.kit.kan] | ممبڠکيتکن

Definisi : 1 menggerakkan orang tidur supaya bangun; membangunkan: Waktu asar sudah masuk, pergilah engkau bangkitkan ayah yg sedang tidur. 2 menyebabkan datang sesuatu perasaan; menimbulkan sesuatu perasaan: Cerita yg mengharukan dan ~ semangat kita ialah kisah perjuangan seorang perajurit muda yg bernama Leftenan Muda Adnan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membangkitkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arousemembangkitkanPendidikanTiadaTiada
provokemembangkitkan marahUndang-undangTiadaTiada
neutral stimulusrangsangan neutralPsikologiPsikologi UmumRangsangan yang tidak memberi sebarang kesan terhadap respons. Walau bagaimanapun, dalam teori pelaziman klasik, rangsangan neutral ini boleh membangkitkan tingkah laku tertentu setelah beberapa kali dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim yang selalunya diikuti dengan ganjaran. Rangsangan neutral yang dapat membangkitkan respons dikenali juga sebagai rangsangan terlazim. Contohnya, pada mulanya anjing tidak memberi respons kepada bunyi loceng tetapi lama-kelamaan akan mengeluarkan air liur kepada bunyi loceng setelah beberapa kali dipasangkan dengan daging.
provocationprovokasiSejarahTiadaPerbuatan yang membangkitkan kemarahan atau hasutan atau ancaman yang dilakukan oleh pihak tertentu khususnya dalam keadaan negara yang tidak stabil.
aperitiveaperitifSosiologiTiadaMinuman keras untuk membangkitkan selera.
aphrodisiacafrodisiakPerubatanTiadaUbat atau agen yang dapat membangkitkan nafsu seks atau libido.
patossentuh hibaKesusasteraanTiadaSifat karya sastera yang membangkitkan perasaan sayang, belas kasihan dan hiba. Karya sentuh hiba dianggap karya yang kurang baik dan membawa nada sentimental dan kesedihan apabila disampaikan secara keterlaluan. Contohnya, gambaran kematian Little Nell dalam karya Charles Dickens berjudul The Old Curiosity Shop. Sentuh hiba yang baik boleh dicapai apabila disampaikan secara halus, terkawal, dan tidak melampau. Contohnya, ucapan King Lear semasa baginda ditemukan dengan anaknya Cordelia: Pray, do not mock me, I an a very foolish fond old man Sentuh hiba berasal daripada perkataan Yunani patos yang bermaksud �penderitaan� atau �keghairahan�.
textureteksturKesenianTiada3. Sifat permukaan karya seni yang membangkitkan perasaan deria sentuh.
drive state;keadaan doronganPsikologiPsikologi UmumKeadaan dalaman individu yang mendorong tingkah laku. Keadaan ini diandaikan mencapai satu tahap kritikal tertentu sebelum tingkah laku mencari matlamat. Keadaan dorongan boleh merupakan satu teknik pembelajaran yang digunakan dalam pembelajaran haiwan dengan membangkitkan satu dorongan yang berarah kepada matlamat melalui cara mewujudkan perubahan dalam proses organiknya. Contohnya, haiwan boleh dinafikan untuk membangkitkan rasa lapar bagi mendorong mencari makanan atau diberi kejutan elektrik bagi membangkitkan rasa keperluan untuk mengelak.
provocative designreka bentuk provokatifLandskapTiadaGubahan landskap yang membangkitkan satu perasaan positif atau negatif yang memerlukan seseorang meneliti gubahan tersebut secara terperinci.
12345

Kembali ke atas