Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ban.ting] | ممبنتيڠ

Definisi : 1. menghempas: ombak ~; 2. = membantingkan menghempaskan (sesuatu): ia balik ke rumah dan ~ diri di tempat tidurnya; 3. menjadikan bergoyang (bergoncang); ~ cucian memukulkan cucian; ~ harga Id menurunkan harga; ~ padi memukulkan batang-batang padi pd dinding kepuk supaya padi itu terpisah dr batangnya dan terkumpul di dlm kepuk; ~ setir Id memutar stering (motokar); ~ tulang bekerja keras (mati-matian); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ban.ting] | ممبنتيڠ

Definisi : 1 menghempaskan sesuatu kuat-kuat ke bawah: Dlm masa cuti penggal lalu, saya menolong ayah ~ padi di sawah. ~ tulang bekerja keras atau bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. 2 bergerak atau bergoncang kuat-kuat: Kereta itu ~ apabila melalui jalan yg lekuk-lekuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membanting

Peribahasa

Seperti ombak membanting diri.

Bermaksud :

Berkeluh-kesah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
threshingmengirik;; membanting (padi)PertanianTiadaTiada
pangkahpangkahSukanTiadaPerbuatan mengenakan, menghentakkan, menghempas, membanting atau menyentuh gasing pangkah pada gasing pemusing.
combine harvestersjentuaiPertanianAgroteknologiAlat jentera yang digunakan untuk menuai hasil tanaman bijirin seperti padi, jagung, sekoi dan kacang soya. Jentera ini akan memotong seluruh tanaman dan membanting batang untuk meleraikan bijinya, dan seterusnya membuang jerami yang terhasil. Biji akan dikumpul di dalam bekas jentera itu manakala jerami pula, kemudiannya akan dibuang semula ke kawasan ladang tanaman.
gendang dua puluh empat musimgendang dua puluh empat musimMuzikTiada

 Sejenis ensembel masyarakat Cina Malaysia yang terdiri daripada 24 gendang besar atau shigu. Ensembel ini dipentaskan pertama kali di Johor Bahru pada tahun 1988. Setiap corak rentak muzik yang dimainkan menggambarkan suasana atau pergerakan petani pada setiap musim seperti musim membajak tanah, menyemai, dan menuai atau membanting padi. Si­nonim er shi sijieling gu.


Kembali ke atas