receiving airline | kapal terbang penerima | Pelancongan | Tiada | Kapal terbang yang membawa pelancong ke sesuatu destinasi. |
fretwork | kerja ukiran | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya ukiran yang dihasilkan oleh masyarakat di China pada abad ke-18 yang membawa motif ukiran timbul. |
water taxi | teksi air | Pelancongan | Tiada | Pengangkutan air seperti perahu, bot dan feri yang disewa untuk membawa penumpang dan barangan ke sesuatu tempat. |
aerial work platform (AWP) | pelantar kerja udara | Kejuruteraan | Tiada | Peranti mekanikal yang digunakan secara sementara untuk membawa orang atau barang ke tempat yang tidak boleh diakses, biasanya tempat tinggi. |
haemoglobin | hemoglobin | Fizik | Nanoteknologi | Molekul sel darah merah yang terdiri daripada sebatian porfirin, yang mengandungi ferum dan oksigen. Molekul ini terdiri daripada empat polipeptida yang merupakan subunit dalam kumpulan heme. Molekul ini membawa oksigen ke tisu badan dalam proses pernafasan. |
receptor-binding domain (RBD) | domain reseptor-pengikat | Kesihatan Awam | Tiada | Bahagian penting daripada virus yang terletak di domain pepaku yang membolehkannya singgah ke reseptor badan untuk masuk ke dalam sel dan membawa kepada jangkitan. Domain ini juga merupakan sasaran utama dalam pencegahan dan rawatan jangkitan virus, termasuk sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS-CoV-2) yang menyebabkan COVID-19. |
pork-barrel legislation | undang-undang pork-barrel | Sains Politik | Politik Perbandingan | Usul legislatif yang diluluskan bagi memperuntukkan perbelanjaan kerajaan untuk melaksanakan projek-projek dalam kawasan pilihan raya tertentu. Melalui undang-undang ini, anggota dewan berusaha membawa projek ke kawasannya seperti projek pangkalan tentera, kemudahan pengangkutan, pusat pentadbiran daerah, hospital besar atau universiti untuk memastikan kawasannya menjadi lebih maju. Secara tidak langsung projek ini memberi prospek untuk wakil rakyat kawasan tersebut terpilih dalam pilihan raya akan datang. Usul ini biasanya turut disokong oleh anggota lain dalam dewan perundangan. Undang-undang pork-barrel juga sering dirujuk dalam konteks politik Amerika Syarikat. |
heme | hem | Fizik | Nanoteknologi | Molekul porfirin yang mengandungi logam ferum dengan formula kimia C34H32O4N4Fe. Molekul ini menjadi komponen utama sel darah merah (hemoglobin). Fungsi utama heme dalam proses pernafasan adalah untuk membawa oksigen daripada paru-paru ke tisu badan dan seterusnya membawa balik karbon dioksida. |
lacrosse | bola sauk | Sukan | Tiada | Permainan bola di atas padang oleh dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada 10 orang pemain. Pemain perlu menggunakan kayu dengan jaring yang melengkung untuk menangkap, membawa dan menjaringkan bola ke gawang lawan. |
battle of the books | perang buku | Kesusasteraan | Tiada | Sikap pertentangan pendirian atau pandangan para sarjana berhubung dengan penulisan klasik dan moden. Perang buku muncul di akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18, terutamanya di Perancis dan England. Sikap pertentangan tercetus akibat kemunculan pemikiran baharu yang berterusan dalam ilmu sains dan falsafah moden. Contohnya, di England sekitar akhir abad ke-17, Sir William Temple melalui tulisannya berjudul An Essay Upon the Ancient and Modern Learning (1690) menolak dakwaan bahawa sesuatu yang klasik lebih rendah daripada yang moden. Tulisan tersebut dicabar oleh William Wotton pada tahun 1694 melalui karyanya berjudul Reflections Upon Ancient and Modern Learning yang menyanjung tinggi keunggulan ilmu moden. Idea perang buku wujud berdasarkan tajuk sebuah prosa satira tulisan Swift berjudul The Battle of the Books yang membawa tema utama, iaitu sesuatu yang berasal dari zaman silam adalah lebih baik. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, idea perang buku bermaksud persaingan ideologi dan pemikiran yang berlaku dalam kalangan pengarang istana Melayu. Justeru, lahir beberapa buah karya, khususnya karya sastera bercorak sejarah yang memperlihatkan bentuk bersaingan ideologi dan pemikiran pengarang Melayu zaman silam. Kelahiran teks Sejarah Melayu pada abad ke-17 memberi beberapa reaksi terhadap teks Hikayat Raja Pasai yang dihasilkan pada abad ke-14. Persaingan pemikiran juga dapat dilihat dalam teks Tuhfat al-Nafis. Dalam karya ini, Raja Ali Haji membawa pemikiran Islam ke dalam penulisan sejarah orang Melayu, sehingga wujud idea yang mempersoalkan martabat raja Melayu yang terungkap dalam Sejarah Melayu, sekali gus mengubah persepsi pembaca terhadap raja-raja Melayu. |