Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ya.ngi] | ممبايڠ

Definisi : mengenakan bayang-bayangnya pd, menggelapi dgn bayang-bayangnya akan sesuatu: pokok itu tidak subur hidupnya kerana sentiasa dibayangi pokok-pokok lain; tidak boleh ~ orang sedang makan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ya.ngi] | ممبايڠ

Definisi : 1 menutupi atau melindungi dgn bayang-bayang: Pd waktu petang pula, pohon ketapang itu ~ bahagian belakang rumah kami. 2 ki mengikut jejak langkah; mengawasi: Ke mana saja dia pergi, ada saja orang yg ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membayangi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
canzonacanzonaMuzikTiada

 I. Bentuk muzik instrumental abad ke-16 dan abad ke-17. Canzona terdiri daripada beberapa bahagian, contohnya AB dan bahagian ini boleh diulangi seperti ABBA. Tiap-tiap baris melodi dalam tekstur polifoni canzona digubah mengikut corak melodi yang seakan-akan sama. Ia membayangi genre sonata dan fuga Zaman Barok. Terdapat dua jenis canzona, iaitu canzona da sonare dan canzona keyboard. Canzona da sonare atau canzona ensembel diperkembang kepada sonata, konserto, dan karya beberapa gerakan muzik. Canzona keyboard dan ricercare diperkembang kepada fuga Zaman Barok.

Kembali ke atas