bamboo splitter | pembelah buluh | Buluh | Tiada | Alat untuk membelah buluh bulat yang terdiri daripada pelbagai tatabentuk seperti empat, enam dan lapan. Contohnya, tatabentuk empat digunakan untuk membelah buluh bulat kepada empat bahagian dan tatabentuk enam digunakan untuk membelah buluh bulat kepada enam bahagian. |
hatchete | kapak kecil | Buluh | Tiada | Alat yang digunakan untuk membelah batang buluh menjadi dua bahagian, dengan cara menghentak bahagian yang tajam ke permukaan batang buluh untuk memulakan belahan. |
bamboo splitter machine | mesin pembelah buluh | Buluh | Tiada | Mesin untuk membelah buluh bulat yang mempunyai pelbagai tatabentuk seperti empat, enam dan lapan. |
cutting | pemotongan | Herba | Tiada | Kaedah mengurangkan saiz bahan mentah tumbuh-tumbuhan keras seperti batang atau akar kayu yang melibatkan proses memotong, membelah atau menghiris dengan menggunakan alat pengisar khusus dan alat pemotong seperti parang. Kaedah ini merupakan peringkat pertama dalam proses penyerbukan bahan mentah tumbuh-tumbuhan. Contohnya, pemotongan akar tongkat ali menggunakan alat pengisar pisau untuk menghasilkan potongan kecil sebelum diserbukkan. |
reality effect | kesan realiti | Kesusasteraan | Tiada | Butiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah ditiup angin. Sungai Cheneor yang secara tidak rasmi dinamakan oleh peneroka awal Bukit Setugal, setiap hari sejak wujudnya, ia tetap matang, waras dan dewasa dengan pengalamannya. Airnya yang deras tetap menghanyutkan sampah-sarap, membiakkan anak-anak baung, temalian, kenerap, patin, jelawat, sengiring, tilan, kelah, tapak belida dan puluhan jenis ikan-ikan lagi.� Kutipan petikan novel di atas sarat dengan butiran dunia kampung sehingga menjadikan gambarannya hidup dan meyakinkan. |