partial confinement | kurungan separa | Fizik | Nanoteknologi | Suatu bentuk kurungan pada struktur kuantum, yang membenarkan elektron bebas bergerak pada arah tertentu disebabkan dimensi elektron dari arah yang lain adalah amat kecil, iaitu kurang daripada 10 nm. Contohnya, nanowayar dan nanotiub membenarkan elektron bergerak dalam satu dimensi, nanofilem membenarkan elektron bergerak dalam dua dimensi, manakala bintik kuantum mengalami kurungan penuh. |
genome plasticity | keliutan genom | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Keupayaan meliut semula jadi dalam genom prokariot yang membenarkan pertukaran cairan DNA dari satu organisma ke organisma yang lain. Keliutan genom membenarkan prokariot mengadaptasikan genom mereka dengan pantas bagi membolehkan mereka bermandiri dengan perubahan persekitaran. |
pressure relief valve | injap pelega tekanan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap yang terbuka apabila tekanan sistem melebihi tekanan tertentu untuk membenarkan tekanan berlebihan dilepaskan melaluinya. Keadaan ini membenarkan tekanan dalam sistem terkawal dan tidak melebihi had yang ditentukan. Injap ini juga terdapat dalam sistem pendingin dan sistem pelincir. Sinonim injap pelega. |
neuro-electronic interface | antara muka neuroelektronik | Fizik | Nanoteknologi | Antara muka yang menggunakan peranti nano untuk membenarkan komputer dihubungkan dengan sistem saraf. Antara muka ini memerlukan pembinaan struktur molekul bagi membolehkan kawalan dan pengesanan denyutan saraf oleh komputer. Struktur molekul ini mestilah terdiri daripada molekul konduksi yang membenarkan pengaliran arus elektrik dihasilkan daripada pergerakan ion pada sistem saraf tersebut. |
discharge | discaj (cecair) | Perubatan | Tiada | Keadaan yang membenarkan (cecair, gas, atau bahan lain) mengalir keluar dari tempat bahan dikurung. |
interactive media | media interaktif | - | Tiada | Sistem yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan pelbagai media yang dipaparkan. |
subrogation clause | fasal subrogasi | insurans | Tiada | Fasal yang membenarkan insurer mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak ketiga yang bertanggungjawab menyebabkan sesuatu kerugian yang telah dibayar tuntutannya kepada insured, dengan menggunakan nama insured atau nama pemilik polisi. Salah satu tujuan fasal ini ialah untuk mengelakkan insured mendapat keuntungan daripada polisi insuransnya. Fasal ini juga mengelakkan insured dari membuat tuntutan kepada kedua-duanya iaitu, insurer dan pihak ketiga tersebut. |
open stage | pentas terbuka | Kesenian | Tiada | Acara yang membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat persembahan seperti bernyanyi, membaca puisi, berceramah, melawak dan sebagainya. Sinonim open mic, open floor. |
open mic | mikrofon terbuka | Kesenian | Tiada | Acara yang membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat persembahan seperti bernyanyi, membaca puisi, berceramah, melawak dan sebagainya. Sinonim open stage, open floor. |
open floor | lantai terbuka | Komunikasi | Tiada | Acara yang membenarkan sesiapa sahaja untuk tampil dan membuat persembahan (seperti bernyanyi, berpuisi atau membaca Sinonim open mic, open stage. |