Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.ri.ta.hu] | ممبريتاهو

Definisi : memberi khabar kpd seseorang supaya tahu, memaklumi: ia ~ tiap-tiap orang tempat penginapan masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.ri.ta.hu] | ممبريتاهو

Definisi : menyebabkan seseorang mengetahui sesuatu (berita, khabar dll); memaklumkan kpd; melaporkan kpd: Dia ~ saya bahawa isterinya telah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memberitahu

Puisi
 

Teras Kemunting haluan perahu,
     Tanam tebu hutan seberang;
Angkat kening memberitahu,
     Bolehkah jumpa sama seorang?


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Datang tampak muka,
     pulang tampak punggung.

Bermaksud :

Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu. (Peribahasa lain yang sama makna: Datang nampak muka, pergi nampak belakang). (Bandingkan dengan: Hinggap mencengkam [dahan], terbang menumpu [dahan]).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
notifymemberitahuKejuruteraanTiadaTiada
CTS (clear to send)CTS (boleh hantar)Teknologi MaklumatTiadaIsyarat kawalan piawaian penghantaran data tak segerak RS-232C yang dikirim oleh peralatan modem kepada komputer. Isyarat ini adalah untuk memberitahu komputer bahawa modem telah bersedia untuk menerima data. Isyarat ini juga digunakan untuk memberitahu sama ada telefon bersambung pada talian atau tidak.
disclosurependedahanPendidikanTiadaMemberitahu peserta bahawa mereka adalah objek yang dikaji.
prophecyramalanSejarahTiadaKebolehan memberitahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.
notificationpemberitahuanPentadbiran PerniagaanTiadaNotis yang memberitahu pelbagai maklumat tentang perubahan perkhidmatan pos sesebuah negara.
advertisementiklanKomunikasiTiadaKaedah komunikasi untuk memberitahu dan memujuk pengguna supaya membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan melalui saluran media massa seperti televisyen, akhbar dan sebagainya.
chartcartaKesusasteraanTiada2. Peta asas yang memberitahu maklumat tentang sesuatu.
chartcartaMatematikTiada2. Peta asas yang memberitahu maklumat tentang sesuatu.
chartcartaSejarahTiada2. Peta asas yang memberitahu maklumat tentang sesuatu.
delivery notenota serahPentadbiranTiadaDokumen yang memberitahu penerima tentang serahan barangan dan selalunya disertakan sekali surat pengesahan barangan yang dipesan.
1234

Kembali ke atas