flush | pancur | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Membersihkan salur sesuatu sistem menggunakan bahan tertentu untuk menanggalkan kotoran dan bendasing. |
spring cleaning | pembersihan menyeluruh | Umum | Tiada | Proses membersihkan keseluruhan kawasan dalam dan luar rumah atau sesuatu tempat dengan baik dan sempurna, termasuklah bahagian yang tidak selalu dibersihkan. |
alterative | alteratif | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk membersihkan darah. Kebanyakan herba alteratif meningkatkan tindakan pembersihan darah oleh limpa, hati, buah pinggang dan usus besar. Herba ini digunakan dalam jangka masa panjang untuk memberikan kesan nyahtoksik keseluruhan aliran darah secara berperingkat yang akan meningkatkan penghadaman, asimilasi dan rembesan glandular. Contoh herba ini ialah daun mambu, bawang putih, pegaga dan ginseng. |
natural attenuation | pelemahan semula jadi | Geologi | Tiada | Proses membersihkan atau melemahkan pencemaran dalam tanah dan air bawah tanah secara semula jadi. |
purification system | sistem penulenan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pepasangan untuk membersihkan air dengan menyingkirkan bendasing yang terdapat di dalam air. |
herbal mouth wash | bahan cuci mulut herba | Herba | Tiada | Larutan herba yang digunakan untuk membersihkan dan menyegarkan rongga mulut. Larutan ini dikumurkan dan kemudian dikeluarkan, dan tidak diminum. Contoh herba ini ialah sirih. |
abrasive | pelelas | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Bahan pelelas yang digunakan untuk membersihkan permukaan sampel dengan cara menggosok, menggahar, dan melicau. Bahan ini biasanya digunakan dalam bentuk kertas pembersih atau dipasang pada mesin pembersih permukaan. Tujuan penggunaannya adalah untuk menyingkirkan lapisan cat atau melicinkan permukaan sampel mengikut keperluan sebelum ujian tanpa musnah dilakukan. Contohnya, kertas pasir, kapur dan silika. Sinonim pembersihan lelasan. |
hand sanitizer | pensanitasi tangan | Kesihatan Awam | Tiada | Bahan yang berupa cecair atau gel yang digunakan untuk membersihkan bahan pencemaran seperti kuman (bakteria, virus, kulat dan lain-lain) penyebab penyakit. |
dry foam | buih kering | Kesenian | Hiasan Dalaman | Cecair pencuci yang mengandungi air berkimia yang digunakan untuk membersihkan permukaan permaidani. Buih kering ini juga digunakan untuk memudahkan proses menanggalkan kotoran sebelum permukaan tersebut dibersihkan dengan kaedah vakum. |
loop apron | apron pembersih | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kepingan kanvas yang turun dan naik mengikut tindakan graviti untuk membersihkan kotoran pada gelung. |