Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.sar.kan] | ممبسرکن

Definisi : 1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.sar.kan] | ممبسرکن

Definisi : 1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membesarkan

Peribahasa

Tiada membesarkan air.

Bermaksud :

Tidak dapat menolong famili yang susah kerana diri sendiri tidak kecukupan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reboremenjara semula/ menggerek semulaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMembesarkan diameter silinder enjin semasa baik pulih.
acoustic microscopemikroskop akustikNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat yang digunakan untuk membesarkan imej struktur dalam sampel, termasuk kecacatan seperti rekahan, pelekangan dan lompang. Mikroskop ini menggunakan frekuensi yang sangat tinggi atau ultratinggi bagi membolehkannya menembusi jauh ke dalam struktur sampel pepejal.
electron microscopemikroskop elektronFizikNanoteknologiPeranti yang menggunakan elektron sebagai sumber yang mampu membesarkan objek kecil, dengan kuasa peleraian yang tinggi dengan pembesaran dapat mencapai sehingga 500 000 kali ganda atau melebihi dua juta kali bagi sesetengah mikroskop elektron moden. Mikroskop ini digunakan untuk memeriksa bahan biologi, seperti mikroorganisma dan sel, struktur logam dan hablur serta pencirian pelbagai permukaan.
borejara penjajaranKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Diameter bahagian dalam silinder enjin (2) Proses melarik untuk membesarkan dan melicinkan penjajaran lubang silinder
boring barbar jara/bar gerekKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBar melintang yang mempunyai mata pemotong yang digunakan untuk membesarkan lubang silinder enjin.
vivariumvivariumPerikananAkuakulturTempat tertutup, bekas atau struktur yang diubah suai untuk memelihara haiwan secara separa semula jadi. Vivarium merupakan tempat untuk menyimpan atau membesarkan haiwan dan tumbuh-tumbuhan akuatik bagi tujuan pemantauan, penyelidikan atau sebagai haiwan peliharaan. Vivarium juga mempunyai ekosistem yang lengkap. Antara jenis vivarium ialah terarium atau akuarium.
polarimeterpolarimeterKimiaKimia AnalisisAlat yang digunakan untuk mengukur keaktifan optik suatu larutan atau cecair. Polarimeter terdiri daripada tiub yang mengandungi larutan, dua prisma Nicol, pengutub dan penganalisis serta kanta untuk membesarkan keamatan cahaya. Sumber cahaya monokromat digunakan seperti lampu natrium. Darjah putaran ditentukan dengan memutar penganalisis hingga ia bersilang dengan pengutub. bd. penganalisis.
float systemsistem apungKejuruteraan AutomotifEnjinSistem yang mengawal masukan bahan api ke dalam karburetor dan aras bahan api dalam mangkuk apung. Sekiranya aras bahan api dalam mangkuk apung berkurangan, pelampung akan turun dan membesarkan bukaan injap jarum. Keadaan ini menyebabkan lebih banyak bahan api masuk ke dalam mangkuk dan seterusnya menolak pelampung ke atas dan mengecilkan bukaan injap jarum.

Kembali ke atas