Plato�s cave | gua Plato | Kesusasteraan | Tiada | Alegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi. |
analysis | analisis | Kesusasteraan | Tiada | Proses yang membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya. |
genderiect | genderiect | Kesusasteraan | Tiada | Variasi percakapan yang membezakan ujaran lelaki dengan ujaran wanita. Kajian genderlect dirangsang oleh feminisme dan pencarian identiti wanita. Perbezaan dalam ujaran dijadikan sebahagian daripada stereotaip seksual tanpa mengira kebenaran dan realitinya. Dalam sesetengah masyarakat, sifat suka membebel dikaitkan dengan wanita secara stereotaip dan kaitan ini dikekalkan dalam peribahasa, jenaka, dan karya kesusasteraan. Feminisme melatar depankan genderlect demi membantah stereotaip ini. Bagi para feminis, perbezaan dalam ujaran wanita boleh diterokai secara positif dari sudut pandangan wanita tentang realiti. Contohnya, genderlect dalam tulisan H�l�ne Cixous dan Luce Irigaray. Ahli antropologi sedar tentang perbezaan ini, namun dalam bidang sosiolinguistik minat mereka terhadap perkara ini bertambah sejak tahun 1970-an. Lihat juga ginokritisisme. |
ecrivain | ecrivain | Kesusasteraan | Tiada | Kategori penulis sastera yang membezakan antara isi dengan bentuk. Manurut Roland Barthes, penulis ecrivain menyampaikan mesej dengan berfokus dan jelas tanpa mengutamakan seni bahasa dan teknik penyampaian. Banding ecrivant. |
resolution | resolusi | Kimia | Kimia Analisis | 1. Kebolehan spektrometer membezakan jalur-jalur penyerapan berdekatan atau memisahkan dua garis spektrum yang sangat berdekatan dengan sempurna. 2. Pemisahan suatu campuran atau sebatian tak aktif optik kepada komponen-komponennya yang aktif optik. |
frequency selectivity | kepilihan frekuensi | Sains Kesihatan | Tiada | Keupayaan individu membezakan komponen bunyi kompleks yang berlaku secara serentak. |
belles-lettres | belles-lettres | Kesusasteraan | Tiada | Istilah yang digunakan untuk membezakan antara tulisan berseni dengan tulisan saintifik atau falsafah. Istilah ini merujuk kepada penulisan esei pada abad ke-19 yang memperlihatkan ciri-ciri elegan, ilmiah, canggih, dan memperlihatkan unsur jenaka pintar. Pada masa ini, istilah ini memperlihatkan ciri-ciri bertentangan, iaitu penulisan yang remeh, ringan, dan tidak ilmiah. Belles-letteres berasal daripada bahasa Perancis yang bermaksud �tulisan indah�. |
ego | ego | Kesusasteraan | Tiada | Diri seorang yang berfikir, merasa, berkemahuan, dan membezakan diri daripada orang lain. |
characteristic length | panjang ciri | Fizik | Nanoteknologi | Jarak atau saiz sesuatu struktur yang membezakan ciri suatu bahan sama ada bersifat pukal atau bersifat nanozarah. Contohnya, emas berwarna kuning dalam saiz pukal dan berwarna merah dalam saiz nano. |
type | tipa | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan manusia, benda yang mempunyai sifat tertentu yang membezakan mereka atau benda sebagai satu kumpulan atau kelas khusus atau tersendiri. |