Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bia/] | ممبياق

Definisi : menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb), berkembang biak: ayam jenis itu ~ dgn cepat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bia/] | ممبياق

Definisi : bertambah-tambah menjadi banyak kerana anaknya beranak lagi dan seterusnya; menjadi makin banyak: Apabila seekor nyamuk betina yg di dlmnya ada kuman malaria menghisap darah seseorang, kuman itu akan hidup dan ~ dlm badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membiak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catadromous fishikan katadromiSains MarinTiadaIkan yang bermigrasi dari ekosistem air tawar ke laut untuk membiak. Ikan katadromi menetas di laut, tetapi hidup dan membesar di kawasan air tawar dan hanya kembali semula ke laut untuk membiak. Contohnya, belut. Banding ikan anadromi.
anadromous fishikan anadromiSains MarinTiadaIkan yang bermigrasi dari laut ke ekosistem air tawar untuk membiak. Ikan anadromi menetas di kawasan air tawar, tetapi membesar dan menghabiskan usianya di lautan, dan kembali ke habitat air tawar untuk membiak. Contohnya, ikan salmon, sturgeon, bass dan lain-lain. Banding ikan katadromi.
fertilitykesuburanKejururawatanTiadaPerihal keupayaan fungsi membiak dalam sistem pembiakan lelaki dan wanita.
sporesporaKejururawatanTiadaJasad yang mempunyai sifat membiak dihasilkan oleh tumbuhan dan mikroorganisma. Berfungsi sebagai peringkat dorman dalam kitaran hidup yang membolehkan organisma itu terus hidup sungguhpun dalam keadaan mudarat.
aerobeaerobKejururawatanTiadaMikroorganisma yang dapat hidup dan membiak dengan adanya oksigen.
carpet grassrumput paritVeterinarTiadaRumput tempatan yang tahan lasak dan membiak dengan menggunakan umbisi. Rumput ini hidup subur di kawasan tanah liat yang lembab dan boleh juga hidup di kawasan berpasir. Hasil bahan keringnya rendah iaitu 6-10 tan/hektar/tahun manakala kandungan protein kasarnya juga rendah iaitu 7-9%. Rumput ini disyorkan bagi sistem penternakan dengan input yang rendah sama ada di bawah naungan atau di kawasan yang kurang subur tanpa memerlukan pembajaan tambahan. Rumput ini ditanam menggunakan tompokan berakar dan lebih dikenali sebagai rumput hiasan halaman. Nama saintifik: Axonopus compressus.
anaerobeanaerobKejururawatanTiadaOrganisma yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup dan membiak.
spawning seasonmusim peneluranPerikananAkuakulturMasa yang khusus bagi ikan untuk mengawan dan membiak bagi menghasilkan generasi yang seterusnya.
stallionkuda jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada kuda. Umur kuda jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah tiga tahun.
buckkambing jantanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada kambing. Umur kambing jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah 14 bulan.
123

Kembali ke atas