Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bim.bing] | ممبيمبيڠ

Definisi : 1. memegang tangan dan memandu, memimpin: ia segera keluar ~ anaknya yg rupa-rupanya sakit; 2. ki memberi petunjuk (huraian dll), memimpin: keperluan besar utk ~ pelajar-pelajar sastera ialah buku-buku tentang hakikat puisi dan pengulas-pengulas sajak; agama Islam ~ manusia ke jalan yg benar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bim.bing] | ممبيمبيڠ

Definisi : 1 memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2 ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membimbing


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tutelary statenegara pengasuhSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang berperanan membimbing rejim asuhan ke arah pemerintahan yang lebih baik, demokratik atau maju. Hubungan ini tidak bersifat penjajahan tetapi lebih bersifat membantu tanpa ikatan kontraktual. Negara pengasuh biasanya memberikan sumbangan dari segi ekonomi, infrastruktur, pendidikan dan sosial kepada negara baharu ini. Negara bekas penjajah juga sering menjadi negara pengasuh kepada bekas tanah jajahannya. Contohnya, Great Britain menjadi negara pengasuh kepada Malaysia, India dan Sri Lanka.

Kembali ke atas