Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.bin.cang.kan] | ممبينچڠکن

Definisi : memperkatakan, membicarakan: tidaklah dapat saya terangkan dan bincangkan satu persatu isi undang-undang jenayah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.bin.cang.kan] | ممبينچڠکن

Definisi : membahas sesuatu perkara utk mendapat kesimpulan; membicarakan: Mereka sedang ~ cara hendak meninggikan taraf hidup bangsa sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membincangkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
development economicsekonomi pembangunanEkonomiTiadaCabang ekonomi yang membincangkan masalah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi yang boleh meningkatkan taraf hidup rakyat dan masalah agihan semula pendapatan dan kekayaan negara supaya pemilikannya lebih setara. Ekonomi pembangunan juga membincangkan cara mengatasi masalah pengangguran dan inflasi.
monetary economicsekonomi kewanganEkonomiTiadaCabang ekonomi yang membincangkan wang dan peranannya dalam ekonomi. Ekonomi kewangan merangkumi kajian tentang pasaran wang, pasaran modal, dan institusi kewangan.
Congress (US)Kongres (AS)Sains PolitikPolitik PerbandinganBadan perundangan yang membincangkan dan menggubal undang-undang, dasar dan juga perbelanjaan negara Amerika Syarikat. Badan ini bersifat dwidewan yang terdiri daripada Dewan Perwakilan dan Dewan Senat. Dewan Perwakilan terdiri daripada 435 ahli yang merupakan dewan rendah dan ahIinya dipilih setiap dua tahun sekali. Dewan Senat pula merupakan dewan atas yang terdiri daripada 100 orang ahli yang dipilih untuk tempoh selama 6 tahun. Ahli kedua-dua dewan ini digelar sebagai ahli Kongres. Namun, dari segi adat dan amalan di Amerika Syarikat hanya ahli dewan perwakilan yang biasa digelar sebagai ahli Kongres manakala ahli dewan senat digelar sebagai Senator.
engagement sessionsesi libat urusPentadbiranTiadaSesi yang diadakan bagi membincangkan tentang sesuatu perkara seperti usaha, kegiatan, perancangan dan sebagainya yang melibatkan pihak berkepentingan dalam mengendalikan atau menyelenggarakan sesuatu perkara tersebut agar berjalan dengan baik.
particle physicsfizik zarahMatematikTiadaSuatu cabang ilmu fizik yang membincangkan tentang penghuraian atom.
world cafekafe duniaUmumTiadaKaedah perbincangan secara berkumpulan bagi membincangkan sesuatu topik di beberapa meja kecil seperti di kafe.
BookTubeBookTubeKomunikasi MassaTiadaSaluran media secara dalam talian khusus dalam YouTube yang membincangkan sebarang perkara berkenaan buku. BookTube mempunyai komunitinya tersendiri, yang dikenali sebagai penggiat BookTube.
BookTubeBookTubeKomunikasi MassaTiadaSaluran media secara dalam talian khusus dalam YouTube yang membincangkan sebarang perkara berkenaan buku. BookTube mempunyai komunitinya tersendiri, yang dikenali sebagai penggiat BookTube.
national conventionkonvensyen kebangsaanSains PolitikPolitik PerbandinganPersidangan atau perhimpunan yang diadakan aleh sesebuah pertubuhan untuk membincangkan perkembangan tahunan, pemilihan jawatan penting dan merumus dasar-dasar utama bagi pertubuhan tersebut. Parti politik lazimnya mengadakan konvensyen kebangsaan tahunan bagi memenuhi tujuan ini.
parallel roombilik selariUmumTiadaBilik mesyuarat yang dipecahkan kepada kumpulan peserta yang lebih kecil bagi membincangkan isu-isu tertentu dan membuat ketetapan bersama dalam waktu yang serentak sebelum kembali ke bilik mesyuarat utama. Bilik selari adalah sama dengan konsep sidang pleno.
123

Kembali ke atas