Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.buang] | ممبواڠ

Definisi : 1. mencampakkan, melemparkan: dlm permainan bola keranjang, bola dibuang, tidak boleh disepak; dicegah ~ sampah di sini; 2. menghapuskan, menghilangkan: akhiran “kan” pd akhir perkataan ini harus dibuang; 3. = membuang-buang memboroskan, membazirkan, mensia-siakan: tidak perlu ~ wang serupa itu; ~ tenaga; 4. menghukum dgn jalan mengasingkan ke tempat yg jauh (terasing): raja itu hendak ~ puteranya yg derhaka ke tempat yg jauh; 5. menghentikan (sesuatu tabiat dll): tabiat merokok tidak dapat dibuangnya langsung; ~ adat tidak mengendahkan adat; ~ agama keluar drpd agama; ~ aksi Id membuat-buat supaya elok kelihatan; ~ arang (di muka) menghilangkan malu (aib); ~ baka mencemarkan nama baik keluarga; ~ belakang a) lari (melarikan diri); b) tidak mahu tahu (mengenai sesuatu); ~ bicara (membebaskan seseorang drpd dakwaan (mahkamah dll); ~ bini menceraikan bini; ~ buruk luruh buahnya yg tidak elok (pokok); ~ cangerai membuang sial; ~ dadu melemparkan dadu (dlm permainan); ~ darah membekam (mengeluarkan darah); ~ diri a) menjauhkan diri ke tempat lain; b) menarik (mengasingkan) diri; c) membunuh diri; ~ hamil menggugurkan anak (yg dlm kandungan); ~ hidup menghukum buang; ~ hingus mengeluarkan hingus dr dlm hidung; ~ langkah a) berjalan, berlari; b) melangkah ke belakang (dlm permainan pencak); ~ malu a) menghilangkan aib; b) membalas dendam (menebus malu); c) menyunati (anak dll); ~ masa (tempoh, waktu) mensia-siakan masa; ~ mata (pandang) melayangkan pandang, memandang-mandang; ~ muka a) berpaling (kerana tidak hendak melihat); b) tidak mempedulikan; ~ mulut mengatakan sesuatu dgn samar-samar (tidak terus terang); ~ nahas menolak bala (dgn mandi safar); ~ nyawa a) mati; b) menebus dgn nyawa, mengorbankan nyawa; ~ pelawa mengajak, mempelawa; ~ sauh menjatuhkan sauh; ~ sepanjang adat mengeluarkan drpd adat; ~ sial berbuat sesuatu supaya hilang sial; ~ sifat (Palembang) melukai orang sehingga cacat; ~ sikap (tingkah) berjalan dll dgn dibuat-buat; ~ tabiat berkelakuan lain drpd biasa; ~ tangan mengayun tangan utk memukul dll (dlm pencak); ~ tunang Sr memutuskan pertunangan; ~ ubat (tembakan) menembak dgn tidak tentu sasaran; ~ undi menentukan sesuatu dgn undi; laut tidak ~ sungai, rimba tidak ~ latah prb orang besar (baik) tidak menolak jika diminta pertolongan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.buang] | ممبواڠ

Definisi : 1 menyebabkan sesuatu bergerak di udara kerana dilepaskan dr tangan; melemparkan; mencampakkan: Dlm permainan bola keranjang, kita dibenarkan ~ bola dan tidak boleh menyepaknya. 2 mencampakkan sesuatu kerana tidak berguna: Kita tidak dibenarkan ~ sampah di merata-rata tempat. 3 menjadikan tidak ada lagi; menghilangkan; menghapuskan: Pihak penyunting telah ~ ayat penting dlm karangan saya. 4 menggunakan sesuatu dgn berlebih-lebihan; membazirkan; mensia-siakan: Projek yg dicadangkannya itu hanya ~ wang dan tenaga saja. 5 menghukum dgn cara mengasingkan seseorang ke tempat yg jauh atau terasing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membuang

Puisi
 

Anak laksamana bermain pedang,
     Anak Belanda mencukur janggut;
Membuang tuba di tengah padang,
     Anak mati di tengah laut.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Gemuk membuang lemak,
     cerdik membuang kawan.

Bermaksud :

Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
croppingmerepang-TiadaProses membuang bahagian imej yang tidak diperlukan.
lobectomylobektomiKejururawatanTiadaPembedahan untuk membuang lobus organ atau kelenjar, seperti paru-paru, tiroid atau otak.
cholecystectomykolesistektomiKejururawatanTiadaPembedahan untuk membuang pundi hempedu akibat kolesistitis kronik atau kolelitiasis. Ia dilakukan secara konvensional atau laproskopi.
bowdlerisesaring moralKesusasteraanTiadaMenapis dan membuang bahan-bahan yang tidak diingini dalam karya kesusasteraan. Bahan-bahan tersebut biasanya terdapat dalam novel, cerpen dan drama, mungkin bercanggah dari segi moral dan norma sesebuah masyarakat. Contohnya, buku sekolah sering disaringmoralkan kerana terdapat bahan-bahan yang dianggap tidak sesuai untuk bacaan para pelajar.
decantationpenyiringanKimiaKimia AnalisisKaedah untuk membuang cecair daripada pepejal yang basah secara mekanikal dengan menuang cecair tanpa mengganggu enapan dan mendakan.
herbal decantationpenyiringan herbaHerbaTiadaKaedah untuk membuang cecair ekstrak daripada bahan pepejal herba yang basah secara mekanikal dengan menuang cecair tanpa mengganggu enapan dan mendakan. Contohnya penuangan larutan air kopi bagi memisahkan enapannya.
dysuriadisuriaHerbaFitoterapiKesakitan atau kesukaran ketika membuang air kecil.
dysuriadisuriaKejururawatanTiadaKesukaran atau kesakitan semasa membuang air kecil biasanya dengan tergesa-gesa dan kerap akibat sistitis atau uretritis.
female genitalia mutilatonmutilasi genitalia perempuanKejururawatanTiadaTindakan membuang atau memotong sebahagian atau kesemua genitalia kanak-kanak perempuan dengan alasan adat resam.
depilatorydepilatoriHerbaFitoterapiKrim atau losyen yang digunakan untuk membuang atau menghilangkan bulu.
123

Kembali ke atas