pleaser | penggembira | Umum | Tiada | Seseorang yang suka membuatkan orang lain gembira. |
wow factor | faktor wau | Umum | Tiada | Ciri menarik atau mengagumkan yang membuatkan seseorang berasa teruja atau terkejut. |
crowd-pleaser | penggembira khalayak | Umum | Tiada | Seseorang atau sesuatu yang mampu membuatkan ramai orang gembira. |
guilty pleasure | kegemaran memalukan | Umum | Tiada | Aktiviti, tabiat atau kegemaran yang membuatkan seseorang berasa malu atau bersalah untuk mengakuinya, kerana merasakan mereka akan dinilai oleh orang lain. |
rigid | tegar; kaku (P.JAS) | Kejuruteraan | Tiada | Tegar: Sifat mekanik jasad yang membuatkan jasad itu tidak boleh melentur atau mengherot, iaitu jarak relatif di antara zarah-zarah tidak berubah di bawah tindakan beban. |
nanoscale abacus | sempoa nanoskala | Fizik | Nanoteknologi | Susun atur bonggol daripada molekul karbon-60 di atas substrat kuprum yang membuatkan bentuk seperti sempoa dengan nombor 0 - 10. Pada barisan teratas menunjukkan sifar dengan tiada molekul pada bahagian hujung barisan, sementara pada barisan seterusnya menggambarkan siri nombor dari 1 - 10. Susunan berskala nano ini dapat dicerap pada imej mikroskop penerowongan imbasan (STM). |
placebo | plasebo | Herba | Fitoterapi | Bahan yang tidak memberikan kesan kepada penyakit atau prosedur perubatan yang bukan bertujuan untuk terapi. Plasebo hanya boleh mempengaruhi anggapan subjektif pesakit terhadap gejala penyakitnya. Oleh itu, plasebo kadangkala membuatkan pesakit berasa lega daripada sakit yang dihadapinya. |
herbal paste | pes herba | Herba | Tiada | Sediaan bahan herba separa pepejal yang dihasilkan untuk kegunaan luaran yang berbeza dengan ubat sapu dan gel kerana mengandungi kadar serbuk halus yang tinggi. Bahan dasar pes yang digunakan ialah parafin atau gliserol. Sifat kekukuhannya membuatkan pes berguna sebagai bahan salut pelindung. |
black humour | humor pahit | Kesusasteraan | Tiada | Kesan lucu dalam penulisan fiksyen dan drama. Kesan lucu ini terbit daripada keadaan hodoh, murung dan dahsyat yang berkaitan dengan suatu dunia yang mengelirukan dan menggerunkan. Dalam drama, kesan lucu ini bertujuan mengejutkan dan mengelirukan khalayak dan membuatkan mereka ketawa, terutamanya ketika menghadapi kebimbangan, kesengsaraan, dan kematian. Humor pahit merupakan elemen penting dalam teater absurd kerana matlamatnya adalah untuk menyatakan kesia-siaan dan kehampaan dalam kehidupan kontemporari. Lihat juga teater absurd, teater hitam. |
labour movement | pergerakan buruh | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan sukarela yang dibentuk oleh golongan buruh bagi memelihara kepentingan mereka khususnya berhubung dengan upah, kebajikan, tempat kerja yang baik serta layanan yang mesra. Pergerakan ini sering membuat tuntutan sama ada kepada majikan mahupun kepada kerajaan, bergantung kepada isu yang dibawa. Pertubuhan yang mantap ini lama-kelamaan telah membuatkan mereka turut peka kepada masalah sosial, ekonomi dan politik negara. Mereka kemudiannya bersifat responsif terhadap perkembangan ekonomi dan politik tanah air dengan menyatakan pendirian mereka atau menuntut kerajaan melakukan sesuatu menurut cadangan mereka. Dalam negara tertentu seperti di India, Amerika Latin dan United Kingdom, pendirian mereka telah terikat dengan ideologi tertentu yang menjadikannya sangat rapat dengan parti politik atau pemerintah. Contoh pergerakan buruh yang aktif di Malaysia ialah CUEPACS dan MTDC. |