herbal authentication | pengesahan herba | Herba | Tiada | Proses membuktikan kesahihan identiti dan ketulenan ubat mentah untuk memastikan ketekalan kualitinya. Spesies dan bahagian tumbuhan suatu herba biasanya dicamkan mengikut tatanama dan ciri botani masing-masing. Ketulenan suatu herba dipastikan tidak mengandungi sebarang bahan pemalsu, pencemar atau pengganti. Kesahihan identiti dan ketulenan bahan mentah boleh juga dipastikan dengan memperoleh sijil pengesahan daripada makmal analisis yang bertauliah. |
qualification status | status kelayakan | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Keadaan yang membuktikan premis, sistem dan peralatan yang digunakan dalam penghasilan produk herba dapat berfungsi dengan baik dan mampu memberikan hasil yang dijangkakan. |
mutual authentication | saling pengesahan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Proses yang melibatkan kedua-dua pihak, iaitu pihak A dan pihak B membuktikan identiti masing-masing sesama sendiri. Pihak B dapat memastikan bahawa beliau berkomunikasi dengan pihak A dan bukannya pihak yang mengaku A dan sebaliknya. |
Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL) | Pengiktirafan Pembelajaran berasaskan Pengalaman Terdahulu | Pengurusan | Tiada | Kaedah untuk memberikan pengiktirafan kepada individu yang dapat membuktikan keterampilan seperti yang digariskan oleh Standard berdasarkan pengalaman dan pencapaian terdahulu. |
true group insurance | insurans kumpulan sebenar | insurans | Tiada | Insurans kumpulan yang dikeluarkan melalui satu kontrak induk. Setiap ahli akan diberi sijil insurans untuk membuktikan kewujudan perlindungan insurans, sijil ini merupakan kontrak polisi. |
deconstruction | dekonstruksi | Kesusasteraan | Tiada | Teori kritikan dan kaedah analisis berasaskan prinsip bahawa makna yang tetap dan stabil tidak wujud dalam bahasa. Objektif dekonstruksi adalah mencari segala kontradiksi dalam teks untuk membuktikan bahawa teks tidak mempunyai kesatuan atau pertalian yang teratur. Kontradiksi yang dimaksudkan melibatkan percanggahan antara makna yang berkemungkinan dalam satu-satu perkataan atau frasa. Objektif dekonstruksi bukan untuk mengenal pasti makna teks tetapi untuk mendedahkan makna yang berkemungkinan dan bercanggah supaya jelas interpretasi, bukan sesuatu yang tetap, stabil atau muktamad. Kaedah ini diaplikasikan bukan sahaja untuk bahasa tetapi juga untuk menganalisis sebarang konsep sistem dan institusi dengan merujuk kepada teks. Contohnya, realiti itu sendiri boleh dianggap sebagai suatu teks yang mempunyai pelbagai kontradiksi dan makna yang perlu �dibaca� dan �diinterpretasikan�. Dekonstruksi dimulai oleh ahli falsafah Perancis, Jacques Derrida. Beliau berpendapat bahawa makna teks sentiasa bergantung pada perbezaan dengan semua makna yang berkemungkinan dan sentiasa tertangguh. Derrida menggunakan istilah differance untuk menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Bagi Derrida, interpretasi merupakan suatu proses yang tidak berkesudahan yang berterusan. Lihat juga kritikan dekonstruktif. |
medical report | laporan perubatan | insurans | Tiada | Dalam insurans hayat dan kesihatan, dokumen ini mengandungi maklumat yang diisi oleh seseorang doktor atau pemeriksa yang bertauliah dan dimajukan kepada syarikat insurans untuk membuktikan kebolehinsuransan seseorang bakal insured. |
nonrepudiation | tanpa sangkalan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menafikan perbuatannya berdasarkan bukti yang sahih kecuali dibuktikan sebaliknya. Contohnya, mesej yang ditandatangani secara digital dengan kekunci persendirian. Penyahsulitan mesej tersebut dengan menggunakan kekunci awam akan membuktikan mesej telah dihantar. Penafian terhadap tandatangan hanya boleh dilakukan sekiranya kekunci persendirian tersebut dibuktikan dicuri oleh pihak lain. Lihat juga tandatangan digital. Banding sangkalan. |
open policy | polisi terbuka | insurans | Tiada | Kontrak insurans yang syarat polisinya tidak ditetapkan dan tarikh tamat tempoh tidak dinyatakan ketika ia mula berkuat kuasa, tetapi had liabiliti telah ditentukan untuk perlindungan yang diberi. Walaupun premium pendahuluan tidak diperlukan tetapi laporan bulanan perlu disediakan dan dikirim bersama premium yang sepatutnya dibayar. Sijil insurans akan dikeluarkan untuk membuktikan harta tersebut telah dilindungi. Polisi terbuka biasanya digunakan untuk perlindungan dagangan dalam transit. |
spray paint technique | teknik cat semburan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah yang digunakan oleh pengguna hasad untuk menanda identiti pengguna hasad tersebut pada sistem komputer yang dicerobohinya. Penandaan ini biasanya dilakukan selepas serangan ke atas pelayan web atau sistem komputer yang mempunyai paparan awam. Paparan utama sistem akan dicacatkan dengan menggantikan laman yang asal dengan laman yang direka khusus oleh pengguna hasad. Perbuatan ini dilakukan supaya pengguna hasad boleh membuktikan kehebatannya kepada pengguna hasad yang lain. |