Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.lu/] | مملوق

Definisi : mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) men­dakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-­apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.lu/] | مملوق

Definisi : 1 memegang sesuatu rapat-rapat ke dada sendiri dgn kedua-dua belah tangan; mendakap; merangkul: Baginda pun ~ dan mencium anakanda baginda serta dgn tangisnya. 2 masuk atau menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluk
Kata Terbitan : berpeluk, berpelukan, berpeluk-pelukan, memeluk, pelukan, pemeluk,

Puisi
 

Anak buaya pergi bertenung,
     Singgah ke lubuk memakan bangkai;
Hendak hati memeluk gunung,
     Gunung dipeluk tangan tak sampai.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Niat di hati hendak memeluk gunung,
     sudah terpeluk biawak celaka (= sial).

Bermaksud :

Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air hugpeluk nirsentuhUmumTiadaIsyarat mendepa tangan seolah-olah memeluk orang lain dan digunakan sebagai ucapan atau ungkapan kasih sayang tanpa sentuhan fizikal.
air hugpeluk nirsentuhUmumTiadaIsyarat mendepa tangan seolah-olah memeluk orang lain dan digunakan sebagai ucapan atau ungkapan kasih sayang tanpa sentuhan fizikal.
mozarabic lyriclirik mozarabikKesusasteraanTiadaLirik yang dihasilkan oleh masyarakat Mozarab yang mendiami bumi andalus. Pelibatan masyarakat ini dalam kegiatan sastera menghasilkan sumbangan yang bernas, iaitu menulis lirik mozarabik yang merujuk kepada hasil seni terutamanya dalam puisi. Masyarakat Mozarab disebut sebagai golongan al-musta�rabin dalam bahasa Arab. Mereka merupakan masyarakat Kristian asal Sepanyol yang memeluk Islam atau yang terpengaruh dalam kebudayaan dan sosial masyarakat Arab.
moro-moromoro-moroKesusasteraanTiadaDrama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme.
reciprocity principlesprinsip persalinganUndang-undangTiadaKaedah yang mewajibkan negara penerima hak atau faedah daripada sesuatu perjanjian untuk memberikan hak atau faedah yang sama kepada negara pemberi. Contohnya, apabila negara A menyertai Konvensyen Geneva III berkaitan layanan terhadap tawanan perang, dan kemudiannya terbabit dalam konflik bersenjata dengan negara B yang turut menyertai konvensyen yang sama. Negara A akan melayan tawanan perang dari negara B dengan baik mengikut peruntukan konvensyen tersebut kerana negara B juga dikehendaki oleh konvensyen untuk melayan tawanan perang dari negara A dengan baik. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dengan undang-undang perang Islam seperti yang ditunjukkan oleh Salahuddin al-Ayubi. Walaupun tentera salib membunuh tawanan perang Muslim, beliau telah melayan tawanan perang Kristian dengan baik, tidak memaksa mereka memeluk agama Islam, dan membenarkan mereka ditebus untuk bebas. Al-Quran dan Sunnah memerintahkan Muslim melayan tawanan perang dengan baik, walaupun musuh tidak melakukan perkara yang sama terhadap tawanan perang Muslim.

Kembali ke atas