representative govemment | kerajaan berperwakilan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang dibentuk melalui wakil rakyat yang memenangi pilihan raya dan mendominasi dewan perwakilan. Kerajaan ini bertindak memelihara kepentingan orang ramai dan menyuarakannya dalam persidangan dewan. Kerajaan berperwakilan juga bertanggungjawab sepenuhnya kepada dewan perundangan atau dewan perwakilan dan perlu peka kepada kehendak orang ramai yang boleh menjatuhkan mereka melalui undi tidak percaya wakil rakyat. Contohnya, kerajaan dalam demokrasi berparlimen Malaysia. |
president-elect | presiden terpilih | Sains Politik | Politik Perbandingan | Presiden Amerika Syarikat yang baru dipilih untuk menyandang jawatan tersebut tetapi belum dilantik secara rasmi. Kedudukan ini bersifat transisi atau sementara apabila beliau telah dapat mengalahkan bekas presiden. Contohnya, George Bush memenangi pilihan raya pada November 2000 mengalahkan Bill Clinton dan dari tarikh kemenangan itu hingga ke Januari 2001 beliau digelar sebagai presiden terpilih. |
competitive party system | sistem parti saingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem parti yang membolehkan mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya mencapai kemenangan. Saingan ini biasanya merujuk kepada sistem pilihan raya yang berasaskan pengundian bercorak peratusan berkadar. Dalam sistem ini, parti yang memenangi sesuatu pilihan raya berkemungkinan akan mengalami kekalahan dalam pilihan raya yang akan datang dan sebaliknya. Secara amnya, sistem parti yang wujud dalam sistem demokrasi diklasifikasikan sebagai sistem parti yang mempunyai saingan yang sengit. Contohnya, Jerman, Australia dan Perancis mengamalkan sistem parti saingan. |
Merrifield method | kaedah Merrifield | Fizik | Nanoteknologi | Teknik mensintesis peptida menggunakan kaedah fasa pepejal. Dalam teknik ini, hasil sintesis ditulenkan dan diasingkan secara penurasan dan pembasuhan oleh manik pepejal yang berliang. Teknik ini dikemukakan oleh R. Bruce Merrifield, iaitu Profesor dari Universiti Rockefeller yang kemudiannya telah memenangi Hadiah Nobel dalam bidang kimia pada tahun 1984 atas penemuan ini. |
multi-party system | sistem berbilang parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang memperlihatkan persaingan yang terbuka kepada pelbagai parti. Sistem ini membenarkan setiap kelompok menubuhkan parti politik dan bersaing antara satu sama lain. Setiap parti bebas bertanding, bergabung atau membentuk kerjasama di kalangan mereka. Dalam sistem ini, parti yang memenangi pilihan raya akan membentuk kerajaan seperti di negara Jerman, Perancis dan Itali. Namun, terdapat juga keadaan apabila tidak ada parti yang berupaya membentuk kerajaan dan terpaksa bergabung seperti di negara-negara Scandinavia. |
majority votes | undi majoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Undi terbanyak yang diperoleh oleh seseorang calon atau parti dalam pilihan raya yang memberi mandat kepada calon dan parti tersebut untuk membentuk kerajaan. Undi majoriti ini juga memperlihatkan jumlah dan perbezaan undi yang diperoleh oleh calon dalam pilihan raya. Parti atau pemimpin yang mendapat undi tertinggi akan memenangi pilihan raya dan menguasai kerajaan. Contohnya, Barisan Nasional (BN) mendapat undi lebih dua pertiga dalam pilihan raya Malaysia sejak tahun 1974. |
abetment | sekongkol | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan atau perbuatan individu, kelompok atau sesebuah organisasi membantu seseorang atau kelompok tertentu dalam persaingan kuasa politik di sesebuah negara. Tindakan ini bertujuan mencapai sesuatu matlamat bagi pihak yang memberi dan yang menerima bantuan itu. Contohnya, tindakan syarikat gergasi permotoran Amerika Syarikat iaitu Ford Motor bersekongkol dengan calon presiden republik Panama pada tahun 1952. Tindakan Syarikat Ford ini, telah berjaya membantu calon tersebut memenangi perebutan jawatan Presiden Panama. Sebagai balasannya, Syarikat Ford telah diberi hak pemilikan tanah perindustrian. Ini bertentangan dengan perlembagaan dan dasar sebelum tahun 1952 yang tidak membenarkan pemilikan tanah kepada warga asing. Sinonim persubahatan. |
government | kerajaan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan, agensi atau jentera bagi unit politik dalam sesebuah negara yang dikenali juga sebagai badan eksekutif. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan autoriti atau menjalankan tugas pentadbiran seperti yang diperincikan dalam perlembagaan negara tersebut. Badan ini juga merupakan antara bahagian utama dalam konsep pemisahan kuasa pemerintahan di samping legislatif dan kehakiman. Kerajaan biasanya dianggotai oleh pemimpin yang telah memenangi pilihan raya dan melaksanakan dasar yang telah digubal oleh dewan perundangan. Badan ini bertanggungjawab dalam memelihara keselamatan serta menentukan dasar yang boleh membawa kepada pembangunan negara. Kerajaan ini boleh berubah sekiranya kumpulan atau parti yang memerintah tewas kepada parti lain dalam pilihan raya. Lihat juga pemerintah. |
mandate | mandat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kepercayaan, amanah atau kuasa yang diberikan kepada individu, organisasi atau kerajaan untuk menjalankan sesuatu tanggungjawab. Dalam konteks pemerintahan negara, mandat diperoleh daripada rakyat atau majlis pemerintahan dan seterusnya memberi hak mentadbir dan memerintah. Mandat memberi satu kelebihan, autoriti serta legitimasi kepada pemerintah. Contohnya, Barisan Nasional diberi mandat membentuk kerajaan setelah memenangi pilihan raya 1974. |
presidential election | pilihan raya presiden | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pilihan raya khas yang diadakan untuk memilih ketua negara dan ketua kerajaan dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpresiden. Pilihan raya ini diadakan secara berkala seperti empat tahun sekali di Amerika Syarikat atau enam tahun sekali di Filipina. Pilihan raya ini boleh disertai secara individu atau mewakili parti tertentu. Semua pengundi yang layak boleh mengundi dalam pilihan raya ini dan calon yang memenangi pilihan raya akan dilantik menjadi presiden negara. Contohnya, pilihan raya presiden yang diadakan di Amerika Syarikat pada November 2004 akan menyaksikan pertandingan antara George Bush dari parti Republikan dan John Kerry dari parti Demokratik. |