nonverbal test | ujian bukan lisan | Pendidikan | Tiada | Ujian yang tidak memerlukan pertuturan dan hanya memerlukan sedikit penggunaan bahasa. |
connecting flight | penerbangan sambung | Aeroangkasa | Tiada | Penerbangan yang memerlukan penumpang menukar pesawat udara untuk meneruskan penerbangan ke destinasi.,Penerbangan yang memerlukan penumpang menukar pesawat udara untuk meneruskan penerbangan ke destinasi. |
absorption | penyerapan | Veterinar | Praklinikal | Proses pengambilan bahan terlarut atau air oleh sel melalui membran secara pasif atau aktif. Penyerapan pasif bergantung pada daya resapan dan osmosis tanpa memerlukan tenaga. Penyerapan aktif pula memerlukan penggunaan tenaga daripada adenosina trifosfat atau berlaku melalui kuasa ion elektrokimia dan keafinan yang tidak memerlukan tenaga secara langsung. |
cantilever wing | sayap julur | Aeroangkasa | Tiada | Sejenis sayap pada pesawat udara yang tidak memerlukan perembat atau penyokong.,Sejenis sayap pada pesawat udara yang tidak memerlukan perembat atau penyokong. |
Capital-intensive cropping | Tanaman modal tinggi | Pertanian | Agronomi | Tanaman yang memerlukan kos tinggi untuk ditanam dan diselenggarakan tetapi berpotensi memberi pulangan yang tinggi setimpal dengan pelaburan yang dibuat. Contohnya, tanaman intensif seperti pengeluaran bunga orkid dan bunga keratan lain memerlukan modal tinggi untuk menyediakan infrastruktur seperti rumah pelindung, sistem pengairan dan bilik sejuk. Di sebalik itu, hasil yang diperolehi dari pasaran bunga keratan adalah amat lumayan berbanding tanaman ekstensif seperti tanaman padi atau buah-buahan yang hanya memerlukan sebidang tanah. |
cold digestion | cerna dingin | Kejuruteraan | Tiada | Proses mencerna enap cemar secara anaerob dalam tangki, yang tidak memerlukan pemanasan dan tiada sistem kutipan gas. Proses ini memerlukan tempoh tahanan yang panjang dan biasanya digunakan di loji kumbahan yang kecil. |
controlled drug | ubat terkawal | Perubatan | Tiada | Ubat yang memerlukan kawalan yang lebih ketat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mudah disalahgunakan. Di hospital, ubat ini disimpan di tempat yang khusus serta berkunci dan penggunaannya memerlukan rekod yang terperinci. Contoh ubat terkawal ialah Morphine dan Pethidine. |
authentication | pengesahan | Teknologi Maklumat | Tiada | Langkah keselamatan atau teknik yang memerlukan pengguna mencapai sumber dalam Internet atau Intranet dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan. Rangkaian klien/pelayan seperti Windows NT dan sesetengah tapak web memerlukan identiti seseorang disahkan sebelum dibenarkan mencapai fail. Langkah ini adalah untuk menentukan pengguna ialah pengguna yang dibenarkan. |
input | masukan | Teknik | Elektrik | Kuasa atau isyarat yang dibekalkan kepada peranti atau litar. Kuasa ini mengikut jenis peranti, contohnya penjana memerlukan kuasa masukan mekanik, sementara motor memerlukan kuasa masukan bekalan elektrik. Isyarat pula digunakan untuk masukan litar-litar elektronik atau digital. |
phase feeding | pemberian makanan berfasa | Veterinar | Tiada | Pemberian makanan berdasarkan tahap pertumbuhan, fisiologi dan juga pengeluaran ternakan. Biasanya haiwan memerlukan jumlah dan tahap nutrien mengikut fasa-fasa tertentu untuk mengelakkan pembaziran atau kerugian. Contohnya, ayam penelur pada puncak peneluran iaitu pada umur 28 hingga 33 minggu memerlukan lebih banyak tenaga dan protein yang berkualiti berbanding tahap-tahap lain. Demikian juga dengan lembu tenusu, semasa berada di puncak pengeluaran, iaitu pada bulan kedua pengeluaran susu memerlukan lebih banyak tenaga dan protein yang berkualiti berbanding tahap-tahap lain. |