Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
preferential votingpengundian keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka.
target riskrisiko sasaraninsuransTiada1. Pemegang atau pemilik polisi yang urus niaganya memerlukan perlindungan insurans yang besar. 2. Risiko yang mempunyai nilai atau had yang tinggi dan juga bahaya yang sukar untuk dilindungi atau diinsuranskan oleh syarikat insurans.
keyboardkeyboardKesenianTiada1. Alat muzik idiofon yang mempunyai papan jari, contohnya piano. 2. Alat muzik contohnya yang mempunyai papan jari dan lelidah yang memerlukan kuasa angin untuk menghasilkan bunyi, contohnya organ mulut, harmonika, dan akordian.
GlossostigmaGlossostigmaPerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul. Daunnya bersaiz kecil, iaitu antara 0.3 – 1.2 cm panjang dengan 0.2 – 0.6 mm lebar yang sering ditanam di dalam akuarium seperti rumput karpet. Glossostigma memerlukan cahaya yang terang dan nutrien yang tinggi dari dalam tanah untuk menjadi seperti rumput karpet. Antara jenis Glossostigma yang popular ialah Glossostigma diandrum dan Glossostigma elantinoides.
anarchyanarkiSains PolitikPolitik Perbandingan1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik.
martial lawundang-undang tenteraSains PolitikPolitik Perbandingan1. Undang-undang yang dikuatkuasakan ke atas sesebuah negara oleh golongan tentera yang telah merampas kuasa negara tersebut dari kerajaan awam. Dengan undang-undang ini, semua hak sivil dibataskan, kebebasan politik terhad dan segala keputusan serta penggubalan undang-undang dibuat oleh pemerintah tentera ini. Pemerintahan ini pernah dilaksanakan di Fiji pada tahun 1988. 2. Pelaksanaan undang-undang tentera oleh sebuah kerajaan awam setelah berlaku satu keadaan darurat yang memerlukan campur tangan dan penguatkuasaan undang-undang oleh tentera bagi memelihara keamanan. Kerajaan awam meminta bantuan tentera untuk mengawal keadaan dan pihak tentera menjalankan tanggungjawabnya tanpa melepasi batasan atau merampas kuasa. Apabila undang-undang ini dibubarkan, pemerintahan akan kembali kepada kerajaan awam. Contohnya, penggunaan undang-undang tentera era Marcos di Filipina pada tahun 1971-1981.
Egeria sp.Egeria sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan tenggelam yang menyerupai Hydrilla sp. Tumbuh-tumbuhan ini mempunyai daun bilah berbentuk lanseolat yang tersusun dalam pusingan 3 – 6 helai daun. Contoh Hydrilla sp. ialah Egeria densa dan Egeria najas. Daun Egeria densa mempunyai kelebaran sebanyak 0.3 – 0.4 cm, iaitu lebih lebar berbanding Egeria najas dengan kelebaran 0.1 – 0.2 cm. Egeria sp. boleh menyerap karbonat dalam air untuk proses fotosintesis. Egeria Sp. juga memerlukan cahaya dan nutrien yang tinggi. Lihat juga Hydrilla sp.

Kembali ke atas