his office considers that | pejabat ini memikirkan bahawa | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
dialectical thinking | pemikiran dialektik | Gerontologi | Tiada | Keupayaan seseorang untuk memikirkan sesuatu isu dari pelbagai sudut. |
dumping (stocks) | pelambakan (saham) | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penjualan sekuriti dengan banyak tanpa memikirkan kesannya ke atas pasaran. |
verbal protocol | protokol bualan | Pendidikan | Tiada | Perbuatan merekod percakapan peserta apabila mereka diminta bercakap atau memikirkan sesuatu. |
ideational value system | sistem nilai bergagasan | Landskap | Tiada | Satu aturan menaksir keupayaan individu dalam pembentuk an idea landskap. Contohnya, keupayaan memikirkan secara kreatif penyelesaian masalah landskap di sesuatu kawasan. |
obfuscate (advertisement) | kabur (iklan) | Komunikasi | Korporat | Kesalahan umum dalam penulisan iklan kerana menggunakan perkataan yang tidak memberikan maksud khusus, sukar difahami atau sukar ditafsirkan. Kesalahan ini biasanya terjadi apabila penulis iklan tidak memikirkan keperluan khalayak dan jenis media yang digunakan. Contohnya, kesalahan penulisan iklan pada papan tanda yang menggunakan tajuk “Kedai Gunting Wanita”. Penulisan ini mengelirukan khalayak kerana sepatutnya ditulis “Kedai Gunting Rambut Wanita”. Kesilapan seperti ini boleh berlaku disebabkan gaya penulisan yang disengajakan untuk mengaburkan makna ayat dalam iklan bagi mendapatkan perhatian khalayak, atau penulis iklan tersebut kurang menguasai aspek kebahasaan. |
bounded rationality | rasionaliti terikat | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Penghujahan atau penaakulan individu yang masih terbatas sebagai manusia biasa. Walaupun manusia selalu dikaitkan dengan memiliki daya fikir yang tinggi dan kebolehan berfikir secara rasional, namun keupayaan mereka masih terhad untuk memikirkan pelbagai perkara secara menyeluruh dan tuntas. Sarjana pentadbiran awam, Herbert Simon mengeluarkan idea bahawa rasionaliti manusia sebenarnya terikat atau terbatas dan mencabar bahawa konsep pilihan rasional itu masih mempunyai banyak kelemahannya. Menurutnya, manusia masih mempunyai unsur tidak rasional dan emosional dalam melakukan sesuatu atau membuat keputusan. |
tyranny | tirani | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Dalam pemikiran klasik, tirani bermaksud penyalahgunaan kuasa oleh seorang raja yang memerintah menurut kehendak dan kepentingan diri sendiri. Secara umumnya, tirani merujuk kepada penyalahgunaan kuasa paksaan pemerintah apabila tiada kuasa undang-undang. Dalam keadaan ini, kerajaan dikuasai oleh seorang diktator yang memerintah mengikut kehendaknya tanpa memikirkan kepentingan atau kebajikan rakyat. Contohnya, pemerintahan Nazi Jerman di bawah pemerintahan Adolf Hitler. |
just world hypothesis | hipotesis dunia adil | Psikologi | Psikologi Umum | Hipotesis tentang tingkah laku atribusi manusia yang suka mengaitkan tingkah laku dengan suatu situasi atau disposisi. Menurut hipotesis ini, individu percaya bahawa dunia ini adil dan keadilan itu tetap wujud. Manusia yang baik akan dibalas dengan ganjaran atau kebaikan manakala yang jahat pula akan menerima hukuman yang setimpal. Contohnya, jika individu secara tidak sengaja ditembak oleh polis, perasaan marah akan reda apabila masyarakat memikirkan bahawa individu yang mati tertembak itu tidak sepatutnya berada ditempat kejadian. |
hospitalization | hospitalisasi | Psikologi | Psikologi Umum | Kemasukan pesakit ke tempat atau persekitaran kemoterapi atau farmakoterapi. Tindakan ini boleh membantu pesakit meninggalkan persekitaran yang boleh memudaratkan kesihatan. Hospital berfungsi memberi perlindungan kepada pesakit dari segi rawatan, menjalankan diagnosis, bantuan nasihat psikologi dan sebagainya supaya pesakit sentiasa berasa selamat. Walau bagaimanapun, tidak semua hospital atau persekitarannya berada dalam keadaan sempurna sehingga pesakit merasakan keadaan hospital adalah lebih teruk daripada tempat kediaman mereka. Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit sukar untuk pergi ke hospital malah boleh menjadi trauma apabila memikirkan pengalaman buruk yang dihadapi. Pesakit mental yang pernah menjalani rawatan di hospital dalam keadaan sedemikian juga boleh berasa serik untuk ke hospital. Hal ini bukan sahaja berlaku kepada pesakit tersebut tetapi juga kepada keluarga mereka yang keberatan untuk membawa anak mereka mengulangi rawatan di hospital tersebut. |