nominating convention | konvensyen pencalonan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Perhimpunan khas yang diadakan oleh sesebuah pertubuhan untuk memilih calon bagi jawatan penting. Perhimpunan ini boleh diadakan secara tahunan atau berkala. Bagi pertubuhan yang bersifat parti politik, konvensyen ini diadakan untuk memilih calon menjelang pilihan raya. Konvensyen seperti ini terpaksa diadakan kerana terlalu ramai calon atau ahli berhasrat bertanding bagi mewakili parti tersebut. Contohnya, Konvensyen Pemilihan Calon Parti Republikan Amerika Syarikat diadakan empat tahun sekali untuk memilih calon bagi bertanding kerusi presiden. |
poll | pengundian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pilihan raya atau tinjauan pendapat yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau untuk memperoleh sesuatu pandangan. Pengundian diadakan secara berkala dengan penglibatan pemilih untuk memilih calon wakil rakyat manakala pungutan suara atau tinjauan pendapat awam diadakan apabila perlu untuk melihat sesuatu isu. Pengundian lazimnya diadakan dalam satu atau beberapa hari yang ditetapkan dan hanya pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pemilih dikehendaki menandakan calon yang dipilih dalam kertas undi yang disediakan dan kemudian memasukkannya ke dalam kotak undi ang disediakan di pusat mengundi. Pungutan suara pula boleh dilaksanakan dalam bentuk kertas tinjauan, temu bual secara langsung, telefon, internet dan sebagainya. Pelaksanaan pungutan suara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan perundangan. Contoh pengundian ialah pilihan raya umum di Malaysia yang diadakan pada setiap empat atau lima tahun sekali. Sinonim pungutan suara. |
excess loss premium factor | faktor premium kerugian lebihan | insurans | Tiada | Faktor pengiraan untuk mengganti rugi insurer apabila insured telah memilih untuk mengehadkan kesan sebarang kerugian besar di bawah rumus pengkadaran retrospektif. Contoh: insured mungkin memilih had kerugian sebayak RM50 000. Ini bermakna bahawa amaun maksimum setiap kerugian yang akan diambil kira dalam pengiraan retrospektif ialah RM50 000. |
presidential primary | primari presiden | Sains Politik | Politik Perbandingan | Persidangan peringkat bawahan dan atasan sesebuah parti yang diamalkan di Amerika Syarikat. Persidangan ini diadakan untuk memilih perwakilan yang akan mengundi calon presiden dari parti tersebut yang bertanding dalam pilihan raya presiden di peringkat pusat. Persidangan berlangsung di peringkat bahagian atau wilayah yang lebih kecil dengan anggota partinya berhimpun dan memilih wakil-wakil yang akan pergi mengundi nanti. Perwakilan ini bebas memilih sesiapa sahaja walaupun dari kawasan lain. Sistem primari ini memperlihatkan pemilihan calon parti dari bawah dan bukannya dari peringkat kepimpinan tertinggi parti. |
semi-direct democracy | demokrasi separuh langsung | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang melibatkan penyertaan politik secara langsung kepada kelompok tertentu, manakala kelompok yang lain dalam masyarakat perlu memilih wakil bagi mewakili kepentingan mereka. Kelompok yang terlibat secara langsung seperti golongan aristokrat, intelektual dan kelas atasan. Kelompok yang perlu memilih wakil pula ialah golongan bawahan dan hamba. |
underwriter | pengunderait | insurans | Tiada | Seseorang yang dipertanggungjawabkan untuk memilih risiko insurans dan menentukan jumlah dan syarat-syarat yang perlu diterima oleh insurer bagi sesuatu risiko. Juga bermaksud insurer. |
herbivore | herbivor | Perikanan | Akuakultur | Tabiat pemakanan ikan yang memilih makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan sahaja. Contoh ikan yang bersifat herbivor ialah kap rumput. |
omnivore | omnivor | Perikanan | Akuakultur | Tabiat pemakanan ikan yang memilih makanan daripada campuran sumber haiwan dan tumbuhan. Contoh ikan omnivor ialah tilapia, patin dan udang. |
differential percipitation | pemendakan pembezaan | Kimia | Kimia Analisis | Pemendakan memilih bagi garam atau kompleks dalam larutan campuran untuk tujuan pemisahan. |
heats | saringan | Sukan | Lumba Basikal | Acara awal untuk memilih pelumba yang layak bertanding seterusnya. |