deprivation | penafian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan meminggirkan peranan dan hak seseorang atau organisasi dalam sesuatu sistem yang dilakukan sama ada berasaskan motif politik atau ekonomi. Dalam konteks politik, penafian dilakukan untuk menghalang pengaruh seseorang atau kelompok tertentu daripada mencabar dan menyaingi kedudukan atau penguasaan politik golongan pemerintah. Penafian politik boleh wujud dengan menyekat seseorang atau kelompok bertanding dalam pilihan raya atau menghalang penglibatannya dalam aktiviti politik. Tindakan ini boleh dilakukan dengan mengenakan peraturan tertentu, menahan dan memenjarakan individu tersebut. Dalam konteks ekonomi pula, penafian boleh dilakukan dengan mengetatkan syarat perniagaan, mengenakan kuota atau cukai tertentu dan mengehadkan ruang perniagaan sesuatu kelompok. Contohnya, puak Kurdish di Iraq sewaktu rejim Saddam dinafikan hak mereka dalam konteks perwakilan politik. Sinonim perlucutan. |
bias crime | jenayah berat sebelah | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Satu bentuk jenayah kebencian yang dilakukan terhadap seseorang atau sekumpulan individu disebabkan oleh ciri-ciri tertentu yang dimiliki oleh mangsa seperti jantina, etnik, agama dan budaya. Jenayah ini bertujuan untuk mendiskriminasi, meminggirkan atau menghina mangsa. |
shoestring district | daerah berbelanjawan kecil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang mendapat atau menggunakan belanjawan yang sedikit walaupun wilayah tersebut tidak semestinya bersaiz kecil. Peruntukan yang kecil menyebabkan wilayah ini tidak mempunyai pembangunan yang pesat, infrastruktur yang hebat serta aktiviti ekonomi yang rancak. Perkembangannya sederhana selaras dengan perbelanjaan yang digunakan. Kebanyakan kawasan yang memilih calon pembangkang dalam pilihan raya sering menjadi kawasan yang berbelanjawan kecil apabila tindakan kerajaan negeri dan pusat meminggirkan proses pembangunan kawasan tersebut. |
primacy of politics | keperdanaan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik atau unsur politik sebagai faktor utama dalam mempengaruhi kehidupan manusia keseluruhannya. Keperdanaan politik memperlihatkan pembangunan ekonomi, keharmonian sosial, kejayaan diplomasi, pentadbiran, kecemerlangan pendidikan dan sebagainya yang bergantung kepada unsur politik dalam sesebuah masyarakat. Keperdanaan politik mencerminkan pertukaran politik lama yang tradisional kepada politik yang lebih demokratik, telus dan stabil bagi melahirkan pentadbiran yang baik. Ini akan menyumbang kepada proses pembangunan yang lancar. Contohnya, Adrian Leftwich (2002) dalam tulisannya States of Development: On the Primacy of Politics in Development telah menyatakan bahawa dengan meminggirkan unsur politik, pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak akan berlaku. |
laissez jaire | laissez faire | Sains Politik | Politik Perbandingan | Doktrin yang berpegang kepada kebebasan sepenuhnya kepada semua urus niaga dalam sesebuah negara demi kepentingan kebebasan, pasaran dan hak individu. Ini bermakna, sebarang campur tangan kerajaan dalam mempengaruhi pasaran atau meletakkan peraturan dalam urus niaga ditolak sama sekali. Segala aspek dalam urus niaga seperti penetapan harga, jumlah eksport dan import, kadar faedah pinjaman, peraturan pinjaman, insurans, saham, perbankan dan sebagainya bebas ditentukan sendiri oleh pasaran atau aktor yang terlibat sahaja. Kerajaan hanya memerhati dan menyediakan infrastruktur di samping mengutip cukai yang sewajarnya. Dasar ini menjadi asas kepada perkembangan sistem kapitalisme dan sangat bertentangan dengan sistem ekonomi komunisme dan sosialisme. Dasar ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan yang lebih kaya dan meminggirkan golongan yang miskin. |