depoliticization | penyahpolitikan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses meminimumkan pengaruh politik secara berperingkat dalam sesuatu urusan, penggubalan keputusan atau pentadbiran. Proses ini dilakukan untuk mewujudkan situasi pentadbiran yang bersifat telus dan adil. Dalam sistem demokrasi, proses ini berlaku melalui pembentukan konsep pemisahan kuasa antara eksekutif, kehakiman dan perundangan. Pemisahan ini dilakukan untuk memastikan wujudnya proses semak dan imbang antara ketiga-tiga badan tersebut. Unsur seperti berkecuali atau meritokrasi dalam bidang pentadbiran pula merupakan elemen yang bersifat penyahpolitikan. Contohnya, pengenalan meritokrasi dalam pemilihan calon ke universitimerupakan penyahpolitikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi di Malaysia. |
green design technique | teknik reka bentuk hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pendekatan reka bentuk yang dapat meminimumkan kesan negatif terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. |
correction | pembetulan | Sains Kesihatan | Tiada | 1. Merujuk kepada preskripsi kaca mata atau kata sentuh untuk membetulkan ametropia. 2. Proses meminimumkan aberasi optik. |
precision-guided munition (PGM) | munisi berpandu tepat | Kejuruteraan | Tiada | Kumpulan senjata yang ditujukan kepada sasaran tertentu dengan tepat bagi meminimumkan kebinasaan lingkungan dan meningkatkan kematian terhadap sasaran yang dituju. |
pinch analysis | analisis jepitan | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Kaedah reka bentuk sesuatu proses berdasarkan prinsip termodinamik untuk meminimumkan penggunaan tenaga dan memaksimumkan perolehan semula tenaga. |
utilitarianism | utilitarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan faedah atau utiliti. Pendukung fahaman ini akan cuba memaksimumkan keuntungan atau keseronokan serta meminimumkan kerugian atau kos dalam setiap tindakan dan dasar. Setiap dasar atau tindakan dilakukan secara berhemah supaya matlamat ini tercapai. Keutamaan dalam pemikiran ini ialah kepentingan tercapai dengan kos yang minimum. Antara sarjana yang mendukung fahaman ini ialah Jeremy Bentham, John Stuart Mill dan Thomas Hobbes. |
environmental responsibility | tanggungjawab alam sekitar | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Perilaku beretika dalam pengawasan dan pengurusan alam sekitar serta sumber asli untuk memelihara dan meminimumkan kerosakan di samping memastikan kelestarian sumber ini untuk generasi akan datang. |
energy efficient | cekap tenaga | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penggunaan tenaga dengan jumlah yang sama atau kurang, tetapi menghasilkan keputusan atau output yang lebih baik dan meminimumkan pembaziran tenaga. |
process optimization | pengoptimuman proses | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Peraturan yang diselaraskan untuk menyesuaikan beberapa set parameter bagi mengoptimumkan sesuatu proses tanpa melampaui halangan. Pengoptimuman proses bertujuan untuk meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil atau kecekapan proses. |
social distance | jarak sosial | Kesihatan Awam | Tiada | Satu keadaan apabila individu perlu memelihara jarak fizikal atau hubungan langsung dengan orang atau objek di tempat awam semasa wabak sesuatu penyakit berjangkit untuk meminimumkan pendedahan dan mengurangkan penularan jangkitan. |