Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.moir] | ميموءير

Definisi : (mémoir) 1. biografi (karya) yg ber­asaskan kenang-kenangan seseorang (tentang pengalaman dan peristiwa dlm hidupnya dsb): kebelakangan ini, beberapa buah buku kenang-kenangan wartawan sasterawan vete-ran, dlm bentuk ~ telah juga diterbitkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memoir


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
memoirmemoirKesusasteraanTiadaBentuk tulisan autobiografi yang menceritakan peristiwa umum yang disaksikan pengarang, berbanding dengan kehidupannya sendiri. Justeru, tidak seperti kebanyakan autobiografi, memoir memfokus pada peristiwa luaran berbanding dengan perasaan dalaman pengarang. Memoir biasanya merakamkan periode dalam kehidupan pengarang yang selari dengan peristiwa sejarah yang penting. Contohnya, karya Lilian Hellman berjudul Pentimento dan Memoir Arena Wati: Enda Gulingku oleh SN Arena Wati. Lihat juga autobiografi.
memoirmemoirKesusasteraanTiadaBentuk penulisan biografi diri yang berisi kenang-kenangan orang ternama atau biasa, yang turut terlibat menyaksikan peristiwa-peristiwa penting.
memoirmemoirPerpustakaanTiadaTiada
autobiographyautobiografiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup pengarangnya sendiri. Autobiografi berlegar pada peristiwa yang dianggap penting dan menarik dalam kehidupan pengarang dan ditulis sendiri oleh pengarangnya secara berterusan. Autobiografi merupakan gabungan renungan dan ingatan pengarang yang kadangkala dibauri oleh imaginasi. Penulisan autobiografi biasanya panjang, iaitu hampir sama dengan memoir. Namun memoir lebih bertumpu pada suatu masa tertentu yang sejajar dengan peristiwa penting yang melibatkan tokoh penting, berbanding autobiografi yang lebih menekankan perkembangan diri penulisnya sendiri. Autobiografi berbeza dengan diari atau jurnal yang rata-ratanya tidak memperlihatkan pengisahan yang berterusan. Diari atau jurnal tidak mempunyai tujuan percetakan untuk bacaan khalayak seperti autobiografi. Bentuk penulisan sebegini telah dikenali terutamanya dalam kesusasteraan lama Mesir, namun istilah autobiografi ini mula digunakan oleh Southey pada tahun 1809. Pada tahap awalnya, autobiografi sering disamaertikan dengan sejarah seperti dala
memoratmemoratKesusasteraanTiadaNaratif lisan yang menyorot kembali pengalaman peribadi seseorang tentang peristiwa sebenar yang berlaku. Biasanya memorat merupakan naratif pendek yang berupa memoir atau cerita ingatan peribadi. Contohnya, cerita pengalaman seram bertemu dengan hantu atau diusik hantu.
authorial intusioncelahan pengarangKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, b

Kembali ke atas