lopping | memangkas | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Memotong dan membuang dahan pokok yang masih hidup. Operasi ini sering dijalankan pada pokok-pokok kayu dalam ladang hutan untuk meghasilkan batang yang lurus dan sihat, atau pada pokok di tepi jalan untuk memudahkan penggunaan jalan. 2. Memotong dan membuang dahan atau bahagian atas pokok selepas ditebang bagi memudahkan proses mengumpul dan membersihkannya. |
kemasan | kemasan | Kesenian | Tiada | 1. Proses memotong hujung bilah rotan pada anyaman.,2. Proses memotong lebihan jurai dengan gunting atau pisau pada anyaman. |
trimming | pemotongan pepat | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Proses memotong tegak lurus bahagian hujung kayu gergaji dan balak. 2. Proses memotong venir untuk mendapatkan bahagian tepi yang rata, atau untuk membuang cacat. |
intercept | pintasan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Bulatan yang memotong sesuatu garis.,2. Garis y = x + 2 yang memotong paksi y. |
intercept | pintasan | Matematik | Tiada | 1. Titik tempat lengkung atau lokus memotong paksi-x dan paksi-y. Titik tempat lengkung memotong paksi-x dinamai pintasan-x, manakala yang memotong paksi-y dinamai pintasan-y. |
cropped | potong | Perpustakaan | Tiada | 1. Tindakan memotong berlebihan margin kepala buku yang boleh merosakkan teks.,2. Bahagian atas, bawah dan sisi gambar foto yang dibuang atau dipotong supaya gambar terhasil dengan ukuran yang betul dan menempati ruang yang seimbang. |
tailoring | tailoring | Kesenian | Tiada | 1. Proses memotong, menanda dan menjahit pakaian mengikut bentuk badan dengan menggunakan lisu pemadan, fabrik lapis, kelepet dan proses menekan. Contoh: membuat jeket, sut dan kot.,2. Teknik yang sama boleh juga digunakan pada pakaian wanita yang memerlukan bentuk potongan rapi. Biasanya dibuat untuk pakaian orang perseorangan yang ditempah khas. |
custom made | jahit tempah | Kesenian | Tiada | 1. Proses memotong, menanda dan menjahit pakaian mengikut bentuk badan dengan menggunakan lisu pemadan, fabrik lapis, kelepet dan proses menekan. Contoh: membuat jaket, sut dan kot.,2. Teknik yang sama boleh juga digunakan pada pakaian wanita yang memerlukan bentuk potongan rapi. Biasanya dibuat untuk pakaian orang perseorangan yang ditempah khas. |
gergaji kecil | gergaji kecil | Kesenian | Tiada | Gergaji yang berbingkai kayu, berukuran 60 cm panjang dan bermata besi yang lebarnya 1 hingga 1.25 cm yang boleh diubahsuai, digunakan untuk memotong dan membentuk lingkungan kayu. |
gergaji berhalang | gergaji berhalang | Kesenian | Tiada | Gergaji yang berbingkai kayu, berukuran 60 cm panjang dan bermata besi yang lebarnya 1 hingga 1.25 cm yang boleh diubahsuai, digunakan untuk memotong dan membentuk lingkungan kayu. Sinonim: gergaji kecil. |