competency-based learning | pembelajaran berasaskan kompetensi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya kemahiran asas yang konkrit. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kompetensi berasaskan kriteria yang ditetapkan. Pendekatan ini diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kompetensi yang perlu dikuasai. Lihat juga pengajaran berpandukan kriteria (CRI). |
criterion referenced instruction (CRI) | pengajaran berpandukan kriteria (CRI) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pengajaran yang memperincikan set kaedah mereka bentuk dan penyampaian pengajaran khususnya latihan. Pembelajaran atau latihan dalam talian berasaskan CRI biasanya mampu diri dan kaya sumber media. Pada akhir pembelajaran, pelajar dikehendaki menduduki ujian kecekapan berasaskan kriteria yang ditetapkan bersesuaian dengan idea utama CRI, iaitu pembelajaran penguasaan dan pengajaran berorientasikan prestasi. Biasanya, CRI diguna pakai dalam pembelajaran atau latihan teknikal bersesuaian dengan objektif pengajaran yang diterbitkan daripada kriteria prestasi kerja dan kecekapan yang perlu dikuasai. |
declarative knowledge | pengetahuan penyataan | Sains Sukan | Biomekanik | Pengetahuan mengenai butir-butir yang mencirikan sesuatu maklumat. Contohnya, undang-undang permainan ragbi akan memperincikan cara permainan ini dilakukan. |
dramaturg | dramaturg | Kesusasteraan | Tiada | Individu yang membantu pengarah drama dalam mendapatkan maklumat tentang konteks sejarah drama dan biografi penulis serta membantu penulis drama memperincikan dan menyiapkan skrip. |
anecdote | anekdot | Kesusasteraan | Tiada | Naratif ringkas tentang sesuatu perkara yang dianggap benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan seseorang tokoh. Anekdot biasanya wujud dalam penulisan biografi, esei, dan ucapan tertentu. Anekdot bertujuan untuk memperincikan perwatakan seseorang dan memberikan penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak agar lebih konkrit dan mudah difahami. Tema dan plot sesuatu anekdot biasanya ringkas dan mudah. Kebanyakannya mengandungi mesej yang bersifat didaktik, ironi, dan sindiran. Ada kalanya anekdot penuh dengan kisah lucu dan menghiburkan hati pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat anekdot tentang tokoh sejarah tertentu dalam karya sastera bercorak sejarah. Contohnya dalam Sejarah Melayu terdapat anekdot tentang Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Fatimah, sultan, pembesar, dan watak lain. Kisah �Tun Mai Ulat Bulu� belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan merupakan salah satu anekdot lucu yang menarik. Anekdot lucu juga boleh ditemui dalam cerita �Pak Kaduk� dan �Lebai Malang�. |
Memorandum and Article of Association | Memorandum dan Artikel Persatuan | Audit | Tiada | Dokumen undang-undang yang diperlukan dalam penubuhan syarikat. Memorandum ini menggariskan dan menghuraikan komponen penting dalam struktur sesebuah syarikat yang dapat mengawal selia hubungan antara syarikat dengan orang luar. Tataurusan persatuan pula membentuk perlembagaan syarikat dengan memperincikan kaedah dan peraturan untuk mengawal pengurusan dalaman hal ehwal sesebuah syarikat. |