Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.kuat] | ممڤرقوات

Definisi : menjadikan lebih kuat, mem­perkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.kuat] | ممڤرقوات

Definisi : menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stomachicstomakikHerbaTiadaHerba yang memperkuat dan memulihkan otot perut. Contoh herba ini ialah betik, cengkih, ginseng, selasih, jintan, saderi, buah pic dan lobak.
cross memberanggota silangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian yang dipasang menyilang untuk memperkuat struktur panel dan bahagian rangka kereta.
photomultiplier tubetiub pemfotogandaKimiaKimia AnalisisFotosel yang mempunyai dinod yang digunakan untuk memperkuat arus pancaran melalui penggandaan elektron. Ia digunakan sebagai pengesan kebanyakan spektrofotometer.

Kembali ke atas