Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.sen.da.kan] | ممڤرسنداکن

Definisi : mempermainkan (dgn gurau senda), memperolok-olokkan, me­ngejek-ejekkan: terasa oleh Aini yg Kamal sengaja hendak ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.sen.da.kan] | ممڤرسنداکن

Definisi : menjadikan sesuatu sbg bahan utk bersenda (mengejek dsb); mem­per­mainkan: Tidak baik ~ orang-orang yg cacat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
senda (kata nama)
Bersinonim dengan senda gurau, kelakar, lawak, kecindan, jenaka, seloroh, olok-olok;,
Kata Terbitan : bersenda, mempersendakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
travestytravestiKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang mempersendakan subjek yang serius atau memartabatkan secara olokan subjek yang remeh. Contoh travesti ditemui dalam karya Cervantes berjudul Don Quixote. Karya Cenvantes mempersendakan genre roman kesasteriaan, sementara karya james Joyce bertajuk Ulysses mempersendakan konsep kewiraan dalam karya Homer, Odyssey. Travesti dalam bahasa Latin bermaksud �menyamar�. Travesti dikenali juga sebagai lecehan.
old comedykomedi lamaKesusasteraanTiadaBentuk drama yang bercirikan kepestaan, bernada lucu dan lucah. Drama ini muncul di Athens pada kurun ke-15, mempersendakan individu yang masih hidup dalam bentuk satira topikal menggunakan korus bertopeng dan berkostum yang menggerunkan. Drama ini berkembang daripada persembahan dan upacara meningkatkan kesuburan alam dan manusia bagi mengingati Dewa Dionysius. Aristophanes merupakan penulis komedi lama yang masyhur. Antara karyanya yang terkenal ialah The Clouds, The Knights, dan The Frogs. Banding komedi baru.
mock epicepik olokanKesusasteraanTiadaNaratif panjang tentang sesuatu tajuk yang ringan dan remeh tetapi disampaikan dengan gaya epik mengikuti konvensi tersebut. Tujuannya untuk mempersendakan atau menyindir sesuatu subjek dengan gaya penyampaian yang terhormat. Dalam epik olokan, sering terdapat dialog yang membicarakan hal dan perkara yang remeh-temah dengan serius. Biasanya, karya dalam epik olokan hampir menyamai bentuk epik wira yang menimbulkan kesan lucu dan absurd. Contohnya karya Pope berjudul The Rape of the Lock, merupakan contoh yang baik bagi menggambarkan situasi ini. Karya seperti ini membangkitkan persengketaan keluarga yang sengit yang dicetuskan oleh suatu peristiwa remeh, iaitu kisah pemotongan segumpal rambut seorang gadis yang bernama Arabella Fermor. Bentuk yang hampir sama ditemui dalam wiraan olakan. Lihat juga burlesque, satira.
satirical comedykomedi satiraKesusasteraanTiadaBentuk drama komedi yang menceritakan keadaan dan pendirian politik, aspek kehidupan tradisi, serta mengkritik aspek moral dan tingkah laku manusia. Komedi ini juga menyindir dan mempersendakan golongan tertentu, namun persembahan komedi biasanya sarat dengan unsur pengajaran. Penulis terawal komedi satira ialah Aristophanes.
simulated biographybiografi bersimulasiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup yang ditulis oleh orang lain tentang seseorang yang benar-benar wujud atau hidup dalam dunia nyata, tetapi fakta dan maklumat tentangnya adalah rekaan semata-mata. Biografi bersimulasi kadangkala mempersendakan biografi tulen. Penulisan biografi ini agak mencabar terutamanya untuk memperoleh fakta dan maklumat yang tepat serta menyusun peristiwa yang terpisah-pisah agar mempunyai kaitan yang logik. Contohnya, novel bertajuk Edwin Mullhouse oleh Jeffrey Cartwright.
grotesquegrotesKesusasteraanTiadaPengherotan bentuk manusia yang pelik dan hodoh dalam seni ukir, seni bina, dan seni lukis. Istilah ini juga merujuk kepada representasi aneh perlakuan dan sifat manusia atau sifat binatang dalam karya sastera, bertujuan untuk mengejutkan, menyindir, dan mempersendakan. Contoh karya berunsur grotes terdapat pada watak �Uriah Heep� dalam karya bertajuk David Copperfield oleh Charles Dickens (1812 � 1870). Namun, unsur grotes lebih ketara dalam karya absurd moden yang ditulis oleh penulis eksistensialis. Contoh tempatan ciri-ciri grotes ini boleh ditemui pada watak peran dalam Menora dan mek Mulung. Grotes berasal daripada perkataan Latin grotte bermaksud �gua batu�.
satyr playdrama satirKesusasteraanTiadaDrama yang dipersembahkan untuk menyindir golongan tertentu. Drama ini bersifat bodoh, jengkel dan mengandungi unsur lawak. Persembahan drama satir merupakan bahagian terakhir daripada kumpulan empat persembahan yang terdiri daripada tiga persembahan drama tragedi dan sebuah drama satir. Persembahan satir mempersendakan golongan yang mungkin juga protagonis dalam tiga persembahan drama tragedi sebelumnya. Persembahan drama ini diiringi oleh sekumpulan korus satir, iaitu makhluk separuh manusia dan separuh kampung. Contoh drama satir yang masih wujud ialah Cyclops oleh Euripides. Satir tidak ada kaitan dengan satira.
religious fictionfiksyen keagamaanKesusasteraanTiadaFiksyen tentang agama, pemimpin atau petugas agama. Contohnya, ulama bagi Islam, paderi bagi Kristian, dan sami bagi agama Buddha. Fiksyen jenis ini terdapat dalam karya Anthony Trollope, atau dalam novel tentang penyelamatan peribadi seperti Siddhartha oleh Herman Hesse. Fiksyen kontemporari kerap kali mempersendakan agama dengan menonjolkan sifat kepura-puraan dan kehalobaan seseorang pemimpin agama. Contohnya novel tok Guru dan novel Ummi dan Abang Syeikhul oleh Shahnon Ahmad. Sesetengah karya fiksyen menangani isu agama secara serius, contohnya novel Khutbah di Atas Bukit oleh Kuntowijoyo.
clichekliseKesusasteraanTiadaUngkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah.
burlesqueburlesqueKesusasteraanTiadaGaya penulisan atau persembahan yang meniru suatu gaya penulisan atau persembahan yang lain dengan tujuan mempersendakannya. Ada dua jenis burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque iaitu burlesque tinggi dan rendah. Ciri utama kedua-dua burlesque ini ialah ketidakserasian antara isi dengan gaya. Burlesque tinggi memaparkan perkara remeh-temah dengan menggunakan gaya tinggi dan halus. Contoh burlesque tinggi dalam persembahan drama ialah The Rehearsal oleh George Viliers, sementara contoh dalam penulisan ialah The Rape of the Lock oleh Alexandera Pope. Burlesque rendah pula memaparkan perkara yang serius dengan gaya yang kasar dan sambil lewa. Contoh burlesque rendah dalam pementasan drama muzikal ialah Springtime for Hitler yang dirancang untuk filem Mel Brooks bertajuk The Producers. Contoh dalam penulisan novel ialah Nightmare Abbey oleh Thomas L. Peacock yang mempersendakan gaya novel gotik. Lihat juga novel gotik.

Kembali ke atas