basic services | perkhidmatan asas | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Kemudahan yang perlu ada untuk mempertingkat taraf hidup masyarakat. |
e-health | e-kesihatan | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta inovasi untuk mempertingkat kesihatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Antara sistem yang menggunakan teknologi terkini ialah rekod kesihatan elektronik (EHR), rekod perubatan elektronik (EMR), dan sistem maklumat hospital (HIS). Sinonim e-perubatan. |
animal breeding | pembiakbakaan haiwan | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Suatu cabang sains haiwan yang menekankan penilaian menggunakan kaedah ramalan saksama linear terbaik atau cara lain untuk menilai genetik ternakan. Sains pembiakbakaan haiwan didefinisikan sebagai penggunaan prinsip genetik dan biometri untuk mempertingkat kecekapan pengeluaran haiwan ternakan. Pembiakbakaan haiwan juga melibatkan proses mengawan terpilih haiwan yang mempunyai ciri genetik yang diingini untuk mengekalkan atau mempertingkat ciri ini pada generasi akan datang. Contohnya, kadar tumbesaran, penghasilan daging, susu dan telur. |