Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.dah.kan] | ممودهکن

Definisi : 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau meng­anggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.dah.kan] | ممودهکن

Definisi : 1 menjadikan mudah utk dikerjakan. 2 menganggap tidak penting, tidak berharga dll; memandang mudah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ring gappelega gelangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas.
expectorantekspektoranHerbaFitoterapiBahan untuk memudahkan pengeluaran kahak atau cecair lain dari saluran pernafasan melalui batuk.
hypnotichipnotikHerbaFitoterapiBahan yang memudahkan atau membantu untuk tidur.
facilitating productproduk pemudahPelanconganTiadaDokumen bertulis yang memudahkan urusan keluar masuk di sempadan negara.
human smugglingpenyeludupan manusiaKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mengatur, memudahkan atau merancang secara langsung atau tidak langsung kemasukan mana-mana orang merentas sempadan antarabangsa yang menyalahi undang-undang sesebuah negara. Perbuatan ini boleh dilakukan dengan kerelaan atau tanpa kerelaan mangsa, secara rahsia atau melalui perdayaan, seperti penggunaan dokumen palsu. Lazimnya, perbuatan ini dilakukan oleh sindiket dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan. Contohnya, imigran yang diseludup masuk untuk dijadikan sebagai buruh ladang.
image pilesusunan imejSains NuklearKejuruteraan ReaktorModel teori untuk memudahkan pengiraan keratan rentas saling tindak antara neutron dengan bahan boleh belah.
fictitious pilesusunan bayanganSains NuklearKejuruteraan ReaktorModel teori untuk memudahkan pengiraan taburan fluks neutron dan ketumpatan kuasa di dalam teras reaktor dengan mengandaikan tatarajah teras yang unggul.
surfactantsurfaktanFizikNanoteknologiBahan yang berfungsi mengurangkan tegangan permukaan suatu cecair, memudahkan penyebaran cecair dan menurunkan tegangan antara permukaan dua cecair. Surfaktan biasanya sebatian organik yang bersifat amfifilik, iaitu mengandungi kumpulan hidrofobik sebagai ekor dan kumpulan hidrofilik sebagai kepala. Surfaktan larut dalam kedua-dua pelarut organik dan air. Contohnya, alkilpolietilena oksida, benzalkonium klorida, sabun dan garam asid lemak. Surfaktan digunakan untuk menyalut bintik kuantum atau nanozarah untuk mengelakkan zarah daripada mengagregat.
extract bankbank ekstrakHerbaPemiawaianSatu sistem penyimpanan ekstrak herba bagi memudahkan pencarian dan mengekalkan kualiti ekstrak daripada kerosakan. Contohnya, bank ekstrak di makmal fitokimia menyediakan peti penyimpanan sejuk yang telah dilabelkan mengikut abjad.
ecbolicekbolikHerbaFitoterapiBahan yang berupaya meningkatkan pengecutan rahim dan digunakan untuk memudahkan proses bersalin atau pengguguran kandungan.
12345678

Kembali ke atas