Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.ju/] | مموجوق

Definisi : memakai kata-kata manis dgn tujuan hendak memikat hati (mengajak, me­nipu, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.ju/] | مموجوق

Definisi : menuturkan kata yg manis-manis utk memikat (melembutkan hati dll): Maka Khadijah telah ~ dia supaya pergi berjumpa dgn seorang kerabatnya yg bernama Warakah bin Nufal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pujuk
Kata Terbitan : memujuk, pujukan, pemujukan, pemujuk,

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
solicitationpengumpananSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan memujuk untuk menarik perhatian pihak tertentu bagi melakukan sesuatu seperti yang diharapkan oleh pihak yang mengumpan. Tindakan ini boleh dilakukan oleh individu atau satu kelompok terhadap individu lain seperti pemimpin atau badan tertentu. Melalui pengumpanan ini, diharapkan individu yang diumpan terdorong untuk memenuhi kehendak atau melakukan sesuatu pertolongan yang diharapkan oleh pengumpan. Biasanya pengumpanan ini melibatkan ganjaran tertentu yang dijanjikan. Contohnya, wang dan janji pembangunan sering dijadikan umpan untuk mendapatkan undi oleh calon dalam pilihan raya.
lobbyingmelobiSains PolitikPolitik PerbandinganCubaan individu atau golongan pendesak mempengaruhi keputusan kerajaan sama ada secara memujuk anggota dewan perundangan, kabinet atau pihak tertentu yang membuat keputusan. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti desakan secara langsung, pembujukan kepada wakil rakyat atau menteri, menulis surat, membangkitkan isu tersebut di akhbar, menelefon pegawai yang terlibat dan penggunaan wang supaya desakan mereka diterima. Istilah melobi bermula daripada amalan pembujukan yang dilakukan di bahagian lobi atau ruang anjung dewan sehingga namanya ini kekal digunakan untuk menjelaskan maksud tersebut. Di Amerika Syarikat, golongan pendesak tertentu melaksanakan kajian terperinci mengenai sesuatu isu dan kemudian mendedahkan hasil kajian dan kesan jangka panjangnya kepada wakil rakyat, dan ini boleh mempengaruhi beliau dalam menggubal keputusan.
cosmetic advertisementiklan kosmetikHerbaPeraturan dan PemasaranKaedah atau bahan komunikasi yang disampaikan melalui media massa, media sosial dan media cetak. Iklan kosmetik memberitahu dan memujuk pengguna agar membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan berkaitan kosmetik berasaskan herba.

Kembali ke atas