Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mus.nah.kan] | مموسنهکن

Definisi : membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mus.nah.kan] | مموسنهکن

Definisi : menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disinfectantbahan penyahjangkitHerbaPemiawaianAgen yang digunakan untuk memusnahkan atau merencat aktiviti mikroorganisma. Bahan penyahjangkit terdiri daripada bahan penyahjangkit lengkap, iaitu bahan yang dapat memusnahkan spora dan bentuk vegetatif mikroorganisma, dan bahan penyahjangkit tak lengkap, iaitu bahan yang dapat memusnahkan bentuk vegetatif, tetapi tidak dapat memusnahkan spora mikroorganisma tersebut. Contohnya, ekstrak sirih (Piper betle) yang dijadikan sebagai bahan pembersih wanita.
Kanzius RF therapyterapi Kanzius RFFizikNanoteknologiSejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang disangkut pada sel kanser dan diberikan sinaran elektromagnet pada frekuensi radio (RF). Apabila menerima sinaran ini, nanozarah akan menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tanpa memusnahkan sel yang sihat.
cancer nanotherapynanoterapi kanserFizikNanoteknologiSejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang peka dengan rangsangan seperti gelombang elektromagnet, medan magnet dan akustik. Apabila rangsangan dikenakan, nanozarah menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tetapi tidak memusnahkan sel yang sihat. Lihat juga terapi Kanzius RF.
antineoplasticantineoplastikHerbaTiadaHerba yang memusnahkan, merencat dan mencegah tumor. Contoh herba ini ialah bawang putih, lidah buaya, kemunting cina, kunyit, misai kucing, safron, kulit kayu pain dan biji flaks.
antiviralantiviralHerbaTiadaHerba yang memusnahkan virus dalam tubuh. Contoh herba ini ialah kunyit, lidah buaya, akar manis, astragalus, barli, kalendula, echinacea (ekinasea), cendawan maitake dan reishi, dan raspberi merah.
vermifugevermifujHerbaTiadaHerba yang memusnahkan atau mengeluarkan cacing parasit yang terdapat di dalam usus. Contoh herba vermifuj ialah tembakau, cengkih, bawang putih dan habatussauda. Herba vermifuj untuk haiwan ialah buah pinang. Sinonim antelmintik.
antibioticantibiotikHerbaFitoterapiBahan yang dapat memusnahkan atau menghalang pembiakan dan pertumbuhan bakteria dalam badan.
antiprotozoalantiprotozoaHerbaFitoterapiBahan yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan dan pembiakan protozoa.
disinfectiondisinfeksiPerikananAkuakulturProses membasmi atau memusnahkan mikroorganisma pada peralatan dan bahan yang digunakan untuk mengelakkan pencemaran.
vandalismlaku musnahKriminologiKeadilan JenayahTindakan memusnahkan, merosakkan atau mengotori harta benda awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Contohnya, perbuatan seperti menconteng lukisan mural pada bangunan kerajaan, atau merosakkan dan menconteng tempat duduk di dalam pengangkutan awam.
12345

Kembali ke atas