Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.bur.kan] | منابورکن

Definisi : 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.bur.kan] | منابورکن

Definisi : menabur sesuatu utk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabur
Kata Terbitan : bertabur, bertaburan, menabur, menaburkan, tertabur, taburan, penabur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dredgingpemeruan; perlombongan kapal korek; pengorekanKejuruteraanTiada1. Pemeruan: Proses menaburkan serbuk licau ke atas logam panas yang telah dibentuk.
Storrs retortretort StorrsKejuruteraanKejuruteraan KimiaReaktor pengkarbon arang batu pada suhu rendah yang dikendalikan dengan cara menaburkan serbuk arang batu ke atas tali sawat penyampai yang dilengkapi dengan unsur pemanas. Reaktor ini tidak sesuai untuk arang batu berketulan besar tetapi mudah untuk pemprosesan arang berbentuk sfera untuk mendapatkan tar.
fluks burning cuttingpemotongan membakar fluksKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah pemotongan logam yang bukan ferus dan keluli tahan karat yang tidak mudah teroksida dengan menaburkan serbuk besi pada kawasan pembakaran untuk meningkatkan pemindahan haba dan tahap pemotongan.
earth resistancerintangan bumiTeknikElektrikRintangan tanah tempat elektrod bumi ditanam. Rintangan ini perlu dikurangkan kerana ada kemungkinan peranti pelindung bumi tidak dapat berfungsi jika rintangan ini terlalu tinggi. Ada beberapa cara untuk mengurangkan rintangan bumi termasuklah dengan menambahkan bilangan elektrod bumi yang disambung selari, menaburkan garam di sekeliling elektrod, memasangkan elektrod di tempat lembap, dan menanamkan bahan kimia, seperti magnesium, di sekeliling elektrod.

Kembali ke atas