bovaryism | bovarisme | Kesusasteraan | Tiada | Kecenderungan individu yang lari daripada kenyataan dan menafikan realiti. Individu itu membayangkan dirinya sebagai wira atau wirawati dalam sesebuah fiksyen. Bovarisme berpunca daripada watak Emma Bovary sering mencampuradukkan angan-angan romantik dengan realiti. Pengarang sering mendedahkan bovarisme melalui ironi sebagai amaran kepada pendedahan berlebih-lebihan terhadap unsur romantik yang mempesonakan dan memperdayakan. |
nonrepudiation | tanpa sangkalan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Keadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menafikan perbuatannya berdasarkan bukti yang sahih kecuali dibuktikan sebaliknya. Contohnya, mesej yang ditandatangani secara digital dengan kekunci persendirian. Penyahsulitan mesej tersebut dengan menggunakan kekunci awam akan membuktikan mesej telah dihantar. Penafian terhadap tandatangan hanya boleh dilakukan sekiranya kekunci persendirian tersebut dibuktikan dicuri oleh pihak lain. Lihat juga tandatangan digital. Banding sangkalan. |
repudiation | sangkalan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Salah satu ancaman keselamatan yang menyebabkan pengguna komputer menafikan tindakan yang telah diambil atau telah mengaku melakukan sesuatu tindakan yang tidak dilakukan. Banding tanpa sangkalan. |
intertextuality | intertekstualiti | Kesusasteraan | Tiada | Hubung kait antara suatu teks dengan teks yang lain dalam sebarang penulisan. Konsep ini menafikan keaslian sesebuah teks kerana maksud yang tersirat dalam sesebuah karya itu sebenarnya bersumberkan teks lain. Oleh itu, sebarang karya tidak bersifat autonomi dan terbuka dari segi makna dan interpretasinya. Konsep ini secara tidak langsung meningkatkan kepentingan kritikan sastera yang kini dianggap sebagai aktiviti yang berhubung kait dengan penghayatan teks. Intertekstualiti juga membuka ruang untuk disiplin lain seperti falsafah dan psikoanalisis dalam perbincangan sastera. Contoh intertekstualiti ditemui dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah. Intertekstualiti juga terdapat dalam drama Puteri Hang Li Po oleh Rahmah Bujang,dan cerpen �Mahar Asmara� oleh Fatimah Busu. |
dictator | diktator | Sains Politik | Politik Perbandingan | Seseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an. |
internet fraud | penipuan internet | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan memperdaya mangsa dengan menggunakan internet bagi tujuan untuk mendapatkan keuntungan secara salah atau menafikan hak mangsa. |
antisocial personality disorder | kecelaruan personaliti antisosial | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Suatu bentuk kecelaruan apabila individu tidak dapat membezakan yang mana betul atau salah dan sentiasa menafikan hak dan perasaan orang lain. Mereka juga tiada belas kasihan serta tidak berasa bersalah terhadap tindakan yang dilakukan. Mereka sering memanipulasi situasi atau pemikiran orang lain, bersifat menentang dan melayan orang lain dengan kasar. Mereka juga sering melanggar undang-undang seterusnya melakukan jenayah. |
international scams | penipuan antarabangsa | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memperdaya secara sengaja yang dilakukan secara rentas sempadan di peringkat antarabangsa untuk mendapatkan keuntungan secara salah atau menafikan hak mangsa. Contohnya, penipuan Macau. |
palinode | palinoda | Kesusasteraan | Tiada | Karangan yang bertujuan untuk menolak pendapat (kepercayaan, pegangan) yang telah dihasilkan oleh penyair/penulis terdahulu. Dalam kesusasteraan, khususnya puisi, palinoda lazimnya ditujukan untuk menafikan tulisan yang terdahulu, terutamanya terhadap penulisan oda yang awal. |
digital signature | tandatangan digital | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Identifikasi pelanggan yang disulitkan dan telah didaftarkan dengan pihak berkuasa. Tandatangan digital membolehkan identiti pengirim dokumen atau e-mel ditentusahkan dan memastikan dokumen yang dikirim tidak diubah suai. Individu yang mengirim dokumen berserta tandatangan digital tidak dapat menafikan bahawa dia yang telah mengirimkan dokumen tersebut. Terdapat dua jenis tandatangan digital, iaitu tandatangan yang disulitkan oleh pengirim sendiri dan sijil digital tersulit. Dalam bidang e-kesihatan, tandatangan digital akan dilampirkan bersama-sama e-mel atau dokumen kesihatan yang dikirim oleh seseorang yang telah diberikan autoriti. |