الترهيب | Ḥadīth tarhīb | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang menakutkan daripada melakukan keburukan dengan janji-janji seksa. |
horror film | filem seram | Komunikasi | Tiada | Filem yang memaparkan kisah yang menakutkan seperti cerita hantu. |
positive form | bentuk positif | Landskap | Tiada | Bentuk yang dapat menimbulkan perasaan stabil, yakin , tidak ngeri atau tidak menakutkan. Contohnya, garis lurus, bentuk segi empat tepat dan lain-lain. |
fast short pitch ball | lantun pendek pantas | Sukan | Tiada | Balingan laju yang dilantunkan dalam jarak dekat dengan tujuan menakutkan pemukul. |
Kafkaesque | gaya Kafka | Kesusasteraan | Tiada | Gaya, nada, dan sikap watak yang terdapat dalam penulisan Franz Kafka. Secara umumnya, gaya Kafka melahirkan suasana igauan yang menakutkan, seolah-olah wujud kuasa kejam yang mengawal dunia igauan tersebut. Antara tema yang dipaparkan dalam penulisan Kafka ialah kehilangan identiti, pembangkitan rasa takut dan bersalah, serta penipuan pihak berkuasa yang menghalalkan kejahatan, seolah-olah hal tersebut merupakan suatu perkara yang wajar. Novel Kafka yang jelas mencerminkan ciri-ciri ini ialah The Trial (1925) dan The Castle (1926). |
delusional perception | persepsi berdelusi | Psikologi | Psikologi Umum | Proses yang membuatkan otak menyusun dan menginterpretasikan sensasi persekitaran tetapi maklumat dan interpretasi itu mungkin berbaur dengan pendapat atau kepercayaan palsu atau tidak berasas. Contohnya, pokok pisang yang dilihat pada waktu malam, diinterpretasikan sebagai satu lembaga yang menakutkan. |
torture | penderaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan yang menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang sangat teruk terhadap seseorang, sama ada secara fizikal atau mental. Berdasarkan Konvensyen Melawan Penderaan atau Perlakuan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tak Berperikemanusiaan atau Merendahkan, tujuan penderaan adalah untuk mendapatkan maklumat atau pengakuan, menghukum atas apa yang telah dilakukan, menggertak atau menakutkan seseorang. Penderaan dilakukan atau dihasut dengan keizinan seorang pegawai kerajaan. Contoh penderaan ialah perbuatan memotong anggota tubuh, mematahkan tulang dan melemaskan mangsa. Walau bagaimanapun, kesakitan atau penderitaan yang berlaku akibat sanksi (hukuman) undang-undang tidak termasuk dalam kategori penderaan. |
fight or flight response | respons lawan atau lari | Psikologi | Psikologi Umum | Dua respons yang biasanya boleh dipilih oleh individu semasa mengalami tekanan atau suatu keadaan yang mencemaskan. Dalam keadaan cemas, badan dan otak individu akan digerakkan untuk menghadapi atau menghindari sumber yang menekankan. Contohnya, semasa terserempak dengan ular tedung selar yang mendesis, segala jentera biologi dalam badan seseorang akan digerakkan untuk menyelesaikan masalah yang menakutkan ini. Hormon adrenal seperti adrenalina dan noradrenalina akan dirembeskan untuk mempercepat proses penghantaran oksigen dan seterusnya tenaga ke tempat yang memerlukan. Oleh itu, paru-paru akan bertindak pantas untuk membekalkan oksigen, jantung bergerak cepat untuk mengepam darah bersama makanan dan oksigen bagi membekalkan tenaga, penghadaman terhenti dan otot-otot menegang bagi membantu individu melarikan diri atau berdepan dengan sumber yang mencemaskan itu. |