Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1 men­jadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tam­bah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dari muara mudik ke hulu,
     Sambil menyanyi mendayung sampan;
Belum bersuara tersenyum dulu,
     Menambah seri wajah rupawan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
license creative commons (CC)lesen kreatif terbuka (CC)Teknologi Maklumate-PembelajaranSijil hak cipta awam yang membolehkan pihak lain menyebar, menambah, mengubah suai, menambah baik dan berkongsi hasil kerja kreatif yang dilindungi undang-undang hak cipta. Terdapat beberapa jenis lesen seperti lesen penggunaan tanpa syarat (CC0) dan lesen penggunaan dengan pemberian kredit (CC-BY). Sijil ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran dan penggunaan hasil kerja kreatif berlesen. Lihat juga hak terbuka, hak cipta.
dubbingdabingSosiologiTiadaProses mencipta, menambah atau menggantikan trek audio dan video.
editingpenyuntingan-TiadaProses menyemak dan menambah baik manuskrip yang melibatkan bahasa, persembahan, fakta, bahan grafik dan lain-lain.
value beliefkepercayaan nilaiKejururawatanTiadaKesanggupan mengekalkan, menambah baik atau menyingkirkan kepercayaan dengan mengambil kira pendapat individu terhadap sesuatu yang dianggap baik atau buruk.
antioxidantantioksidanHerbaPemiawaianSifat agen yang digunakan untuk menambah atau mencegah molekul dalam badan daripada teroksida. Contohnya, daun cekur (Kaempferia galanga), ulam raja (Cosmos caudatus) dan pelbagai jenis buah limau yang bersifat antioksidan.
reductionpenyingkatan; penyempitan (makna)Pentadbiran PerniagaanTiada4. Proses bagi menambah rasa kepada makanan dengan mengaup cecair dan sos yang dimasak sehingga tinggal separuh di atas api yang sederhana.
reducing agentagen penurunKimiaKimia AnalisisBahan yang mudah mengeluarkan oksigen, menambah hidrogen atau menderma elektron. Contoh agen pengoksida adalah seperti gas hidrogen.
extenderpeluas; pemuaiKesenianTiadaPemuai: Bahan yang ditambahkan pada pewarna untuk menambah isi padu, mengawal kepekatan atau mengurangkan kekuatan warna.
debenturedebenturEkonomiTiadaModal pinjaman yang dibuat oleh sesebuah syarikat perniagaan untuk menambah modal pusingan perniagaan. Debentur ini akan dibayar faedah, tetapi tidak boleh menerima dividen syarikat tersebut. Debentur juga diterbitkan oleh syarikat awam yang dapat diniagakan di Bursa Saham. Ia berbeza daripada saham yang juga merupakan pinjaman syarikat tetapi dibayar dividen.
shroudselubungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKepingan melengkung yang dipasang mengelilingi kipas enjin, untuk menambah prestasi edaran udara yang melalui penyinar sistem penyejuk enjin.
12345

Kembali ke atas