drug formulation | sediaan ubat | Perubatan | Tiada | Bentuk akhir penyediaan sesuatu ubat untuk kegunaan pesakit seperti cecair suntikan, tablet, kapsul, sirap, salap dan krim. Sediaan ini mengandungi bahan aktif ubat berserta bahan lain untuk menstabilkan, memberi bentuk, menambahbaik perisa serta rupa ubat. Bentuk sediaan terakhir ini bergantung kepada sifat kimia dan kegunaannya. |