steam | wap | Herba | Fitoterapi | Kaedah pengubatan untuk menambahkan kehangatan dan kelembapan yang dapat membantu melonggarkan lendir di dalam saluran udara dan paru-paru. Wap dapat melegakan dan memudahkan pernafasan dengan segera. |
emollient | emolien | Herba | Fitoterapi | Bahan yang berupaya melembutkan dan menambahkan keselesaan kulit seperti krim pelembut. |
mispronounciation | salah sebut | Sains Kesihatan | Tiada | Salah menyebut perkataan seperti menambahkan atau menggugurkan satu suku kata. Contohnya, katak disebut sebagai tak. |
amplifier | amplifier | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti elektronik yang digunakan untuk menambahkan isyarat voltan masukan untuk menghasilkan voltan keluaran lebih besar seperti dalam pembesar suara, dan pencucuh elektronik. |
bulking agent | agen pemukal | Sains Kesihatan | Tiada | Bahan yang ditambah dalam makanan untuk menambahkan isi padu makanan tanpa meningkatkan kalorinya. |
impeller | pendesak | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Cakera berbilah yang berputar yang digunakan untuk menambahkan tekanan gas atau cecair di dalam pam empar dan penukar kilas. |
hidden tax | cukai tersembunyi | Ekonomi | Tiada | Cukai tak langsung yang dipindahkan kepada pengguna dengan menambahkan harga barang yang dijual, tanpa pengetahuan pengguna. Misalnya, duti yang dikenakan terhadap petroleum yang diimport. |
venturi | venturi | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti dalam karburetor yang mempunyai bahagian laluan menumpu yang menambahkan kelajuan aliran udara. Peranti ini mempunyai luas minimum yang akan menghasilkan kelajuan yang maksimum. Penambahan kelajuan ini menurunkan tekanan sehingga mencapai keadaan vakum separa dan menyebabkan bahan api cecair disedut dari muncung bahan api dalam karburetor. Selepas melalui laluan menumpu, bahagian seterusnya dalam venturi mencapah dan menyebabkan kelajuan campuran udara-bahan api berkurangan. |
secondary xylem | xilem sekunder | Perhutanan | Tiada | Xilem yang terbentuk daripada tisu kambium. Pembentukan xilem sekunder menambahkan isi padu kayu keseluruhannya. |
venturi | venturi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Saluran sempit di dalam corong karburetor, yang digunakan untuk menambahkan laju udara. |